Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Friday, 25 May 2012

Persepsi Terhadap Anjing

Posted by HILMI RAMLI On 18:58 No comments

Anjing Jinak
Apabila sahaja disebut tentang anjing, pasti ramai akan merasa jijik. Apabila sahaja melihat anjing, ramai akan cuba menjauhinya. Anjing juga merupakan makhluk ALLAH yang sering kali dipandang hina oleh masyarakat Melayu Malaysia. Anjing seolah-olah tidak berharga langsung dari sudut nilai dalam pandangan mata manusia masyarakat Melayu. Malah kebaikan yang dibuat kepada anjing adalah satu yang tidak bernilai di mata manusia. Walaupun dalam keadaan persekitaran disini iaitu UKM dan sekitarnya terdapat banyak kawanan anjing, bukan bermaksud kita menghina kehadirannya, tapi memandang dari sudut lain, bahawa anjing juga sebagai makhluk ALLAH mempunyai haknya sendiri. Mungkin apabila sesuatu hak keatas anjing tak disempurnakan  oleh manusia dengan sebaiknya, maka dengan inilah mungkin anjing bertindak dengan ganas.  

Pada zaman Bani Israel diceritakan oleh Nabi Muhammad dalam hadis yang menceritkan kisah seorang lelaki yang bermusafir di tengah padang pasir yang panas keputusan bekalan air dan ditimpa dahaga yang amat sangat. Kemudian lelaki itu, ternampak satu bi'ru(telaga). Dia pun terus turun dengan bersusah payah untuk mendapatkan air. Apabila selesai minum air, dia pun naik semula, tiba-tiba dia ternampak seekor anjing yang terjelir lidah kehausan air. Lidah anjing itu menjilat diatas permukaan tanah yang basah kerana kehausan amat sangat. 

Atas dasar kemanusiaan, si Musafir pun turun semula dengan bersusah payah turun semula ke telaga untuk mendapatkan air dengan menggunakan khuf(sejenis sarung kaki) untuk diberikan kepada anjing itu. Anjing itu pun dapat minum dengan air yang dibawa oleh lelaki itu sehingga hilang dahaga. 
Atas perbuatan mulia itu, ALLAH hadiahkan tiga perkara kepada lelaki ini. Hadiah yang pertama, ALLAH yang jadikan lelaki ini, ucap terima kasih kepadanya, subhanALLAH. Hadiah yang kedua ialah ALLAH ampunkan dosanya dan hadiah yang ketiga yang paling mahal ALLAH masukkan lelaki ini ke dalam syurga.

Dalam cerita ini, berbuat baik pada anjing pun ALLAH sediakan ganjaran yang tinggi kepada hambaNYA, apatah lagi berbuat baik kepada manusia. Oleh itu, hadis tadi bukan berbicara tentang anjing sahaja, tapi berbicara tentang kita yang perlu melakukan kebaikan tak kira kepada sesiapa pun walaupun haiwan. 




Wednesday, 16 May 2012

Manusia Mudah Jemu

Posted by HILMI RAMLI On 01:56 No comments


Bill Gates



Kejemuan atau kemuakan manusia kadang-kadang menjadi peluang ekonomi kepada orang yang berfikir kearah inovasi perniagaan. Kejemuan menyebabkan inovasi baru tercipta. Seperti contoh telefon bimbit sentiasa berubah dari bentuk design dan teknologinya. Saya dapat kaitkan ciptaan orang Eropah yang mencipta sesuatu benda atau projek yang sangat berkualiti. Hal ini menyebabkan sesuatu ciptaan baru menjadi tahan lama dan susah rosak dan menyebabkan orang muak untuk menggunakannya. Seperti contoh, Alphard, Audi, Volvo, Mercedes, BMW.

Seperti contoh jualan kereta di Eropah menurun sebanyak 9.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas dengan jumlah jualan sebanyak 1,261,643 unit. Berikut adalah data jualan mengikut negara dan model. Data mengikut negara September 2010 1.UK 335,246 2.Germany 259,748 3.France 169,944 4.Italy 154,429 5.Spain 56,280 6.Netherlands 45,773 7.Belgium 36,945 8.Austria 28,115 9.Poland 27,873 10.Sweden 25,912 .

Penurunan jumlah jualan adalah mungkin disebabkan oleh pengekalan pattern design yang sama tetapi sangat berkualiti. Saya tidak nafikan kualiti kereta Eropah tapi putaran pembuatan design kereta yang baru menyebabkan orang Eropah menunggu dan mungkin menjadi jemu menggunakan kereta yang sama.Berbeza dengan industry pembuatan kereta Jepun, Industri Jepun sentiasa berevolusi lebih cepat  jenis kereta mereka dari semasa ke semasa. 

Mungkinkah mereka memandang kejemuan itu satu peluang ekonomi atau selari dengan semangat mereka yang mahu cipta sesuatu yang baru bagi membaiki sistem yang lama kearah yang lebih baik.Honda, Mazda, Toyota, Suzuki, Mitsubishi, Nissan, Subaru adalah jenama yang terkemuka di dunia. Seperti contoh Toyota sentiasa berevolusi mencipta putaran produk yang baru.

Bukan setakat kereta sahaja industri Jepun cepat berevolusi malah industry telefon bimbit juga berevolusi dengan cepat seperti Samsung. Samsung berpusat di Seocho Samsung Town di Seoul, Korea Selatan .Samsung sekarang telah mengungguli pasaran dunia berbanding Nokia. Samsung yang kini mengikuti gaya Nokia dengan mengeluarkan pelbagai saiz dan bentuk peranti mula membuahkan hasil, dimana kini melalui statistic semasa yang dikeluarkan, ia mendahului Nokia sebagai syarikat pengeluar telefon mudah alih terkemuka di dunia.

Mungkinkah kita perlu berevolusi memikirkan sesuatu yang baru menjadi masyarakat Jepun & Korea.  

Tuesday, 15 May 2012

Sajak Hari Guru

Posted by HILMI RAMLI On 09:51 No comments


GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Saturday, 5 May 2012

Masjid Tempat Orang Jatuh Hati Bukan Jauh Hati

Posted by HILMI RAMLI On 05:33 No comments

(KARIM'S)
Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). 


Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. 


Bangga dan rasa bertuahnya berada di Bandar Baru Bangi kerana mempunyai masjid yang sentiasa di 'imarahkan dengan pelbagai Program yang menarik. Saya berkesempatan untuk menyertai pelbagai Program Karnival Imarah Masjid & Surau-Surau (KARIM'S) 12 yang diadakan di Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi. 


Masyarakat disini amat cintakan program keislaman dengan setiap program sentiasa dipenuhi oleh masyarakat yang kebanyakkan ialah dari kalangan menengah Melayu. Jelas disini, masjid terbuka untuk sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda.Masjid janganlah menjadi "mesra" kepada golongan orang pencen sahaja, tapi mesra untuk golongan muda. 


Masjid-masjid sekarang perlu mengadakan rejuvenasi strategik bagi menarik lebih ramai orang ke masjid dengan program-program yang menarik.Hal ini penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti yang sentiasa berdamping dengan masjid. Jadikan masjid tempat orang jatuh hati bukannya jauh hati. 

Friday, 4 May 2012

Kerana Susu

Posted by HILMI RAMLI On 09:03 No comments

Gambar Hiasan
Sewaktu pemerintahan Umar al-Khattab, Umar pernah berjalan malam untuk melihat keperluan rakyatnya. Ada suatu kisah dimana Umar terdengar seorang anak berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air kedalam susu. Anak itu melarang ibunya melakukan perbuatan itu kerana Umar al-Khattab melarang perbuatan mencampurkan air kedalam susu. Ibunya cuba mempertahankan dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka pada penghujung malam.

Namun, anaknya tetap dengan pendiriannya dengan menegaskan, sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu, tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka kerjakan. Umar tertarik dengan kata-kata itu. Sekalipun Umar tidak melihatnya, apa lagi mengenalinya, namun Umar yakin bahawa anak itu mempunyai peribadi yang mulia.

Umar mencadangkan kepada anaknya 'Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh. Hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu 'Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, daripada perkahwinan mereka inilah, lahirnya Khalifah Umar Abdul Aziz, seorang kahlifah yang zuhud, bertakwa dan wara'

Dalam diri Umar Abdul Aziz mengalir darah Umar al-Khattab. Kita dapat melihat pembinaan generasi soleh juga memerlukan perancangan yang baik. Umar al-Khattab dengan segera meminta anaknya 'Ashim meminag Ummu Ammarah kerana yakin bahawa akan lahir keturunan yang baik hasil keberkatan perkahwinan dengan orang yang baik. Perancangan itu bermula dengan diri kita sendiri.