Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Friday 22 June 2012

Jangan Ambil Kesempatan Atas Musim Haji

Posted by HILMI RAMLI On 18:31 No comments

Antara Haji dan pilihan raya.?
Terpaksa tunggu giliran 20 tahun nak pergi haji dibandingkan dengan hendak tukarkan kerajaan terpaksa menunggu 55 tahun.
Seperti tiada tarikh lain, tarikh musim haji dipilih paling sesuai untuk dijadikan pilihanraya. Adakah ini sebagai  cara mengekalkan kemenangan?
Tak ada tarikh lain kah yang sesuai untuk pilihan raya?
Adakah tiada masa lain yang atas dunia ni.?
Mengapa musim haji juga dipilih untuk dijadikan tarikh pilihan raya ?
Mengapa perlu korbankan waktu haji sedangkan musim lain masih ada?
Mengapa x diadakan pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji ?
Siapakah golongan yang banyak pergi haji?
Adakah pilihan raya juga kewajipan pada orang Islam?

Perlu dikaji semula tarikh pilihanraya untuk kepentingan semua.


Sunday 17 June 2012

Kisah Rakyat: Nilaian Ilmu

Posted by HILMI RAMLI On 03:24 No comments



Seorang raja memiliki kapal yang rosak. Lalu dia memanggil orang biasa untuk membaiki kapalnya. Raja memanggil sebanyak lima belas orang untuk membaiki kapal. Lima belas orang turun naik kapal mencari punca sebenar kerosakan kapal. Namun tidak dapat menyelesaikannya.

Lalu dia memanggil seorang tukang kapal yang mahir. Sebelum memperbaiki kapal, tukang kapal meminta berapa yang raja perlu bayar. Tukang itu meminta dibayarkan sebanyak nilaian 1000(x tahu unit). Raja itu bersetuju. Lalu dia dapat menyelesaikan dengan hanya memutarkan skru kecil sahaja dan kapal itu terus bergerak.

Raja itu tidak berpuas hati sebab perlu membayar 1000, sedangkan si tukang itu hanya memutarkan skru kecil sahaja. Tukang itu menjawab, upah itu dibayar bukan untuk tenaga saya memutarkan skru, tetapi upah itu dibayar adalah diatas ilmu saya untuk membolehkan saya tahu skru mana perlu diketatkan.

Oleh itu, jangan berkira kepada orang yang memberi ilmu. Ilmu itu tidak ternilai. Mungkin masa orang yang memberi ilmu kalau dia tak datang, dia boleh buat untuk kerja lain. Pengorbanan seperti masa dan tenaga untuk dia datang amat besar jika dibandingkan dengan wang. Tambahan lagi, Banyak masa yang dia habiskan untuk dapatkan ilmu tersebut.Selain itu, kalaulah ilmu yang diajar itu ialah ilmu agama, ilmu itu akan membawa ke akhirat nanti. Jadi benda-benda sebegini, janganlah berkira untuk sumbangkan untuknilaian ilmu.

-dipetik dari IKIM FM Slot Islam itu Indah: Prof Dr Muhaya
-Reset Minda Peniaga

Saturday 16 June 2012

Amazing KhutbaH: Islam Will Win- Syeikh Abdullah Janabi

Posted by HILMI RAMLI On 02:33 2 comments



Kejadian ini berlaku pada tahun 2004. Syeikh Abdullah Janabi merupakan Ketua Mujahidin di Fallujah, Iraq. Tempat Markas mereka dibocorkan oleh orang Islam kepada tentera Amerika. Tentera Amerika datang serang dan tangkap Syeikh Abdullah al- Janabi. Beliau dipenjarakan bersama tentera mujahidin yang lain. Dalam penjara itu terdapat juga Ulama yang ditangkap. Ulama dilondehkan pakaian oleh Tentera Wanita Amerika

Tidak tahan melihat kejadian berlaku depan mata dalam penjara, ulama dilondehkan pakaian satu persatu oleh tentera wanita amerika. Syeikh Abdullah Janabi melaungkan Takbir ALLAHHUAKBAR hingga orang lain yang berada dalam penjara mengikutnya dan bergema satu penjara hingga menarik orang sekeliling datang turut bertakbir.

Tentera Amerika dengan segera menangkap Syeikh Abdullah Janabi dan menyuruh beliau menghentikan laungan takbir. Dia enggan menghentikan laungan takbir, akibatnya tentera Amerika memotong sebelah tangannya. Lantas buat kali ke-2, tentera Amerika memaksa supaya dihentikan laungan takbir. Tetapi tak diendahkan oleh Syeikh Abdullah Janabi. tentera Amerika memotong tangannya sebelah lagi menyebabkan dia kudung tangan kedua-duanya.

Dia dibiarkan ditepi jalan dalam keadaan pengsan. ALLAH masih sayangkannya lagi. Dia kemudiannya diambil oleh orang kampung. Walaupun dalam keadaan kudung kedua tangannya, dia mampu untuk memimpin gerakan dengan meniupkan semangat jihad kepada anak-anak muda yang ada.

Lalu beliau ditangkap buat kali ke-3, tentera Amerika memotong kedua kakinya. Lantas, anak-anak muridnya dalam kalangan mujahidin mengatur strategi menyerang kem tahanan yang menempatkan Syeikh Abdullah Janabi. Sebanyak 200 orang gugur syahid, tetapi Syeikh Abdullah Janabi berjaya diselamatkan.

Setelah itu, Tentera Amerika dengan sekutunya Syiah mengarahkan masjid-masjid supaya tidak dilaungkan azan mahupun solat jemaah. Semangat jihad Syeikh Abdullah al-Janabi cukup kuat dan kental lantas menyeru semua puak Sunni untuk solat jumaat secara berjemaah di masjid setelah tiga hari dilarang berada di masjid.

Syeikh Abdullah al-Janabi dalam keadaannya tiada tangan dan kaki mengengsot untuk menyampaikan khutbah. Dalam khutbahnya ditiupkan semangat jihad. Apabila mendapat tahu bahawa Syeikh Abdullah al-Janabi memberi khutbah, lantas tentera Amerika mengepung masjid dengan kereta kebal dan helicopter berlegar-legar di bumbung masjid.

Setelah selesai solat, kebanyakkan jemaah menangis bagaikan lebah yang berkerumun semasa mengaminkan
doa. Setelah habis bacaan doa, tentera Amerika meluru untuk menangkap Syeikh Abdullah al-Janabi dan semua jemaah yang ada. Tentera Amerika mengepung Syeikh Abdullah AL-Janabi yang tiada tangan dan kaki. Dengan kuasa ALLAH, tiba-tiba Syeikh Abdullah Al-Janabi ghaib di tengah kepungan itu.

Hal ini menjadi satu tanda tanya keajaiban, ke mana menghilangnya Syeikh Abdullah Al-Janabi. Inilah satu karamah pertolongan ALLAH terhadap hambanya yang menolong agamanya. Hal ini menjadi satu peluang besar yang membuka hidayah ALLAH yang setelah kejadian itu tersebar di Eropah. Ramai penduduk di sana memeluk Islam.

-sedutan Khutbah Jumaat di Surau An- Nur, Bandar Baru Bangi.
-15/6/2012  


Wednesday 13 June 2012

Dalam Minit Akhir Persahabatan

Posted by HILMI RAMLI On 08:56 No comments



Setelah peperangan Yarmuk tamat dengan kemenangan besar kepada tentera Islam, Ikrimah adalah salah seorang daripada tiga pejuang yang terbaring akibat luka parah. Al-Harith bin Hisyam melaungkan memintaair tatkala minuman itu hendak diberikan kepadanya, dia terpandang Ikrimah yang sedang memerhatikannya.

Dia berkata, berikan air itu kepada dia (Ikrimah). Bila dihampiri hendak diberikan air, 'Ayyasy bin Abi Rabiah pula menoleh kearahnya. Maka Ikrimah pun berkata, " Kamu berilah kepada dia ('Ayyasy). Namun belum sempat memberinya, 'Ayyasy telah meninggal. Justeru mereka segera kembali kedua sahabat tadi. Namun mereka juga telah kembali ke rahmatullah

Saya pun punya seorang kawan tak perlukan disebutkan nama, seorang yang amat baik perilakunya. Dari tahun satu di UKM lagi. Saya sangat mengagumi beliau, seorang yang cool dan berjiwa tarbiyah. Semasa tahun 1 di UKM, dia sering membantu rakannya terutama saya lah. Saya sering meminjam barangannya seperti motosikal untuk kegiatan persatuan sehinggalah accident motornya dan rosak. Namun dia tetap cool, relax, walaupun motornya rosak.

Kini dah tahun 3, biasalah selalunya sempit sikit kadang-kadang, dia selalu hulurkan RM50 berkali-kali. Naik segan juga. Dia beri itu, bukannya kita minta. Macam dia tahu pulak, kita tengah kesempitan. Mungkin dia kenal siapa saya sebenarnya. Harapnya dia tak baca post yang saya buat ni. Semoga ALLAH memudahkan urusannya dalam segala hal yang baik. Kerana dia sering melebihkan kawan-kawanya sendiri. Susah juga cari kawan macam ni yang tak berkira. InsyaALLAH, saya akan balik jasa dia selama ini.

Tuesday 5 June 2012

Tidur Lena

Posted by HILMI RAMLI On 09:19 No comments

Adakah ini benar?
Setelah selesai VIVA tadi, bukan bermakna saya dapat tidur lena. Masih ada final exam lagi lepas ni.Tetapi saya nak ceritakan kisah di zaman sahabat yang unik yang hanya melakukan amalan yang mudah dan simple, namun amat susah bagi orang lain, yang mana individu itu dapat memasuki syurga ALLAH. 

Memaafkan adalah refleksi dalam hati yang tak dapat digambarkan. Ia bermain dalam hati yang tak dapat dilihat.Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil... mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri! Itulah kelebihan orang yang pemaaf. Tidur pun lena, makan pun kenyang. Oleh itu, jadilah orang yang pemaaf.

Hrmmm,,,,Ceritanya macam ni, ketika di majlis ilmu Rasullullah S.A.W yang mengajar para sahabat. Tiba-tiba nabi berhenti "nanti di pintu ini akan masuk seorang sahabat yang akan masuk syurga". Lalu sahabat menumpukan mata di pintu untuk melihat siapa lelaki itu. Lelaki itu masuk dan solat dua rakaat.

Pada hari berikutnya, nabi memberitahu perkara yang sama juga kepada para sahabat. Namun lelaki yang sama tetap muncul. Begitulah jugak pada hari ketiga, nabi mengkhabarkan perkara yang sama bahawa lelaki yang sama itulah sebagai ahli syurga.

Lantas para sahabat tertanya-tanya, apakah amalan lelaki itu yang special sangat yang membolehkan dia masuk syurga ALLAH. Abdullah bin Umar memohon izin pada Rasullullah untuk menyelidiki amalan lelaki yang dijanjikan syurga padanya.

Pada malam pertama di rumah sahabat itu, Abdullah bin Umar tidak tidur hanya disebabkan untuk melihat apakah amalan yang istimewanya.Namun, tidak terlihat amalan istimewanya. Amalannya biasa sahaja, tidak banyak puasa sunat malah qiammullail pun kurang jika dibandingkan dengan Abdullah bin Umar.

Pada malam berikutnya, keadaannya juga sama, tidak terserlah amalan yang istimewa yang dilakukan oleh bakal ahli syurga itu. Setelah beberapa hari bermalam dirumah itu, lalu sahabat terus bertanya kepada lelaki itu.."aku dikhabarkan dari mulut Rasullullah sendiri sebanyak tiga kali bahawa tuan adalah ahli syurga tetapi tidak terlihat amalan yang hebat tuan lakukan melainkan yang biasa sahaja. Abdullah bin Umar menceritakan terus tujuan kedatangannya.."apakah rahsia tuan yangmenyebabkan tuan menjadi ahli syurga?? 

Lelaki itu menjawab " aku tidak melakukan kurang atau lebih amalan. Abdullah bn Umar berganjak hendak meninggalakan lelaki itu dan tiba-tiba lelaki itu memanggilnya semula dan dia berkata " tiada apa yang istimewa pada diriku. Demi ALLAH aku tidak pernah menyimpan perasaan dengki dan dendam pada sesipa pun..setiap malam sebelum tidur aku berdoa dan aku maafkan semua orang tanpa menyimpan perasaan dengki dan dendam.

Mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah bin Umar berkata inilah yang mengangkat darjat tuan hingga menjadi penghuni syurga seperti yang disabdakan Rasullullah. Oleh itu, saya berpesan pada diri saya dan teman-teman untuk memaafkan orang lain. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya mungkin ada tidak yang kena saya lakukan pada kalian semua dari umur saya masih kecil hinggalah sekarang. MAAFKANLAH.^_^