Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Thursday 28 February 2013

Ibnu Abbas

Posted by HILMI RAMLI On 19:28 No comments

Surah An-Nasr
Siapakah Ibnu Abbas? Ibnu Abbas merupakan sahabat yang berpengetahuan luas dan banyak meriwayatkan hadis sahih. Ibnu Abbas merupakan yang hebat ketika kecilnya. Suatu ketika Umar al-Khattab membawa Ibnu Abbas masuk kedalam Kumpulan Ahli Badar. Kumpulan Ahli Badar ialah kumpulan yang terlibat dalam Perang Badar. Mereka adalah yang bersama Rasullullah ketika senang dan susah. Hinggakan ALLAH mengiktiraf mereka mengampunkan dosa mereka yang berperang dalam perang Badar. Peperangan Badar ialah peperangan mempertahankan aklidah umat Islam.

Kumpulan Ahli Badar pun bertanya kepada Umar, Mengapakah kamu membawa budak kecil ini dalam kumpulan kita yakni kumpulan Ahli Badar ? Lalu Umar memberitahu bahawa Ibnu Abbas merupakan budak kecil yang sangat special. Dia menafsirkan Al-Quran berbeza daripada kalian tafsirkan.

Lantas Umar bertanyakan kepada Ahli Badar yang ada tentang surah An-Nasr
Ahli Badar menjawab apabila datang kemenangan, maka kita akan lihat berbondong-bondong manusia masuk kedalam agama ALLAH. Seterusnya, manusia akan selalu menyebut, bertasbih dan memuji ALLAH serta memohon keampunannya.

Tetapi apabila ditanya kepada Ibnu Abbas, agak berbeza pandangannya dengan Ahli Badar. Ibnu Abbas menyatakan bahawa apabila kemenangan sudah datang dan Islam berada dalam ditempat yang tinggi, maka tugas seorang rasul hampir tamat. Nabi Muhammad akan dipanggil semula bertemu dengan tuhannya. 

Itulah kelebihan Ibnu Abbas ketika kecil yang mampu menafsirkan Al-Quran dari persepsi lain.

Tuesday 12 February 2013

Kelahiran Khalifah Umar Abdul Aziz

Posted by HILMI RAMLI On 20:03 No comments


Gambar Hiasan: Susu
Ada riwayat mengenai Umar al-Khattab sewaktu pemerintahannya, dia pernah berjalan malam untuk memerhatikan  keperluan rakyatnya. Ada suatu kisah dimana Umar terdengar seorang anak perempuan berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air ke dalam susu. Anak itu melarang ibunya daripada melakukan perbuatan itu kerana Saidina Umar al-Khattab tidak membenarkan perbuatan mencampurkan air kedalam susu.

Ibunya cuba mempertahankan perbuatannya dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka di penghujung malam. Namun anak perempuan dengan pendiriannya dengan menegaskan, sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu, tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka kerjakan.

Umar tertarik dengan kata-kata anak perempuan itu. Sekalipun Umar tidak melihatnya dengan jelas, apa lagi mengenalinya, namun Umar vakin anak itu memiliki peribadi yang mulia. Umar mencadangkan kepada anaknya  ‘Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh. Hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu 'As‘im yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz Bin Marwan, daripada perkawinan mereka inilah lahirnya Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bagi yang masih bujang, carilah orang yang boleh melahirkan zuriat kita yang baik. Mana tahu hasil perkongsian hidup mampu melahirkan keturunan yang hebat. Contohnya daripada Khalifah Umar al-Khattab lahirnya benih yang baik seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Monday 11 February 2013

Kisah Pencungkil Gigi

Posted by HILMI RAMLI On 19:28 No comments

Pencungkil Gigi
Nabi Isa memiliki kelebihan mukjizat semasa hayatnya ialah menghidupkan orang yang telah mati. Pada suatu hari, Nabi Isa membangunkan orang yang telah meninggalkan dunia. Lantas, Nabi Isa bertanyakan soalan, apakah yang sedang berlaku keatas kamu ?

Lalu, mayat yang dibangkitkan tadi menjawab, aku tertahan diazab selama 70 tahun didalam kubur kerana satu soalan sahaja. Amalan lain semua dah sempurna. Lalu mayat yang dihidupkan tadi menceritakan kisah hidupnya bahawa dia seorang tukang kayu bekerja menghantar kayu yang dipesan kepada pelanggannya.

Seperti biasa, setiap hari akan aku hantar pesanan kayu kerumah pelangganku. Dalam perjalananku menhantar pesanan kayu, aku mengumpil sedikit serpihan kayu untuk mengcungkil celahan gigiku tanpa meminta izin terlebih dahulu kepada tuan empunya. Hal inilah yang menyebabkan aku tertahan dan diazab dalam kubur selama 70 tahun lamanya.

Kepada sahabat-sahabat yang baru bekerja dan termasuk diri penulis juga perlulah menjaga kebersihan & ketelusan rezeki yang dicari. Setiap amalan pasti akan ditanya sehingga sekecil-kecil perkara.

Thursday 7 February 2013

Takut Menjadi Engineer..

Posted by HILMI RAMLI On 18:52 No comments

Berpeluang menjadi guru dan memegang sebuah kelas adalah satu pengalaman yang bermakna bagi meneruskan kehidupan seterusnya. Saya dapat melihat pelbagai telatah murid yang baik dan tidak baik sebelum membina keluarga sendiri.

Dalam satu kelas yang agak ceria, ada juga pelajar yang mempunyai masalah yang agak kritikal. Kerap tidak datang ke kelas dan apabila datang sekolah, pelajar ini akan tidur dalam kelas. Setelah sekian lama, saya dan pihak sekolah memanggil pelajar ini untuk dikaunselingkan.

Bila di interview barulah saya tahu masalah sebenar pelajar ini. Dia sekarang tidak merasakan rumahnya ada ketenangan lagi. Lalu dia mencari ketenangan itu diluar rumah. Menurut apa yang diceritakannya ayahnya seorang Engineer Geophysic yang agak jarang pulang ke rumah kerana kesibukan. Ibunya sebelum ini bekerja dan sekarang menjadi surirumah dan selalu membebel ketika dia berubah. Untuk mendapat ketenangan dia pergi ke cyber cafe untuk menghiburkan hati.

Ayahnya seorang yang garang dan dia amat takut dengan ayahnya. Bekerja seorang engineer menyebabkan kita terpaksa berada dikawasan pembinaan selama 2 minggu. Hal ini mungkin menyebabkan kehidupan anak-anak terabai. Perlunya peranan seorang ayah dalam meyeimbang pendidikan anak-anak kerana ayah seorang yang tegas dan digabungkan dengan ibu dengan watak yang lembut untuk menyeimbangkan.

Ketiadaan ayah dalam mendidik anak dan membiarkn ibu keseorangan menyebabkan anak merasa bebas tanpa dipantau oleh. Anak ini juga melarikan diri dari ibu ke cyber cafe dan pulang pada pukul 3 pagi. 

Bagi bakal engineer, pastikan kehidupan dirumah adalah tempat selesa untuk keluarga kita. Pastikan pendidikan anak-anak terjaga walau sesibuk mana pun. Tidak guna kalau duit banyak, kalau keluarga tidak bahagia.