Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Monday 22 April 2013

Dia Istimewa

Posted by HILMI RAMLI On 16:48 No comments

Setelah tamat Perang Hunain dan sebelum meninggalkan medan perang, baginda telah membahagikan harta-harta rampasan perang. Baginda memutuskan untuk memberikan lebih banyak harta rampasan perang kepada penduduk Mekah yang baru sahaja memeluk Islam.

Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kaum Ansar, hingga timbul kata-kata kurang baik dibelakang Rasullullah. Kata mereka, "Apabila bertemu dengan kaum Quraisy, kita pula dilupakannya. Sedangkan darah musuh masih belum kering dari mata pedang kita".

Kata-kata kurang sopan itu akhirnya sampai ke pengetahuan Rasullullah, lalu baginda meminta supaya dihimpunkan khususnya semua kaum Ansar. Sabdanya, "Wahai golongan Ansar! apakah yang menyebabkan kamu berkata kurang sopan dibelakangku?  Bukankah ketika aku datang kepadamu (di Madinah ), kamu semua dalam kesesatan, melalui aku Allah berikan kamu hidayah. Kamu dalam keadaan berpecah-belah, lantaran aku lalu Allah tautkan hati-hati kamu. Bahkan kamu semua dalam kemiskinan, dengannya lalu Allah memberikan kekayaan kepada kamu"

Kerana itu suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, lalu semua kaum Ansar berkata, "Benar ya Rasullullah."

Rasullullah bertanya kepada mereka, "Adakah kamu sedia menerima jika aku berkata sesuatu?"

"Bahkan kami semua bersedia menerima apa jua yang engkau hendak beri , ya Rasullullah," mereka menjawab.  

"Demi Allah ketika aku tiba di Madinah dahulu, tidakkah kamu telah mendustakan aku?" baginda bertanya.

Memang benar kami mendustakan kamu, bagaimanapun akhirnya kami menerima ajaranmu. Kami dahulu dalam keadaan hina, namun akhirnya kami menjadi mulia kerana usahamu. Kami dahulu tidak tahu menguruskan rumah tangga, tetapi setelah menjadi pengikutmu akhirnya kami faham dan tahu mengatur kehidupan berkeluarga. Kami berterima kasih kepada Allah dan Rasul-Nya" jawab mereka.

Kemudian Rasullullah menceritakan perkara sebenar yang menjadi isu. baginda bersabda yang bermaksud ;

"Aku berikan harta rampasan perang kepada penduduk Mekah, semata-mata hendak memujuk hati mereka yang baru sahaja memeluk Islam. Sementara kaum Ansar pulang ke Madinah walaupun tanpa harta rampasan perang, tetapi mereka akan pulang bersama Nabi Allah."

Mana lebih baik pulang bersama Nabi Allah ataupun harta rampasan perang? Berada dengan Rasulullah adalah lebih istimewa berbanding dengan apa yang ada diatas muka bumi. Kerana Dia Rasullullah adalah insan yang sangat istimewa.

Semua kaum Ansar menitiskan air mata selepas mendengar penjelasan daripada Rasullullah. Mereka kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada baginda berhubung isu harta rampasan perang. Mereka sedar Rasullullah tidak menunjukkan ghairah untuk menetap di Mekah, walaupun sudah berada di kampung halaman sendiri. Sebaliknya baginda bersedia pulang bersama-sama kaum Ansar, bagi meneruskan peranannya sebagai Nabi dan Rasul Allah di negara Islam Madinah
 

Saturday 13 April 2013

Saidatina Aisyah Difitnah

Posted by HILMI RAMLI On 06:44 No comments

Suatu kebiasaan bagi Rasullullah mengadakan undian kepada isterinya apabila hendak bermusafir. Kebetulannya undian itu jatuh kepada Aisyah menuju ke medan peperangan.

Setelah perang tamat, Rasullullah bersama angkatan perang bersiap untuk pulang. Aisyah merasakan hendak membuang hajat, maka dia pun pergi untuk melaksanakan hajat itu. Setelah selesai dan pergi menuju kenderaan yang hendak dinaiki, Aisyah merasakan bahawa rantai leherya hilang.

Aisyah segera pergi ke tempat buang hajat untuk mencari rantai yang hilang. Akhirnya, dia menjumpainya, tapi malangnya kenderaan Aisyah bersama angkatan perang telah pergi meninggalkan tempat itu.

Aisyah terus menunggu hingga tertidur sehingga datangnya Safwan bin Muathal As-Salma yang terpisah daripada pasukan perang. Lantas dia pun segera menundukkan untanya untuk Saidatina Aisyah naik. Dia pun berjalan memimpin unta hingga dapat menyusul rombongan Rasullullah yang berhenti rehat.

Ramai yang mencurigai dan berprasangka buruk terhadap Safwan dan Aisyah. Berita itu cepat tersebar dan tambah dibesarkan oleh Abdullah bin Ubay bin Salul.

Setelah beberapa lama maka turunlah ayat Al-Quran yang membenarkan Aisyah yang tidak bersalah.

Thursday 4 April 2013

Masjid Dhirar

Posted by HILMI RAMLI On 19:50 No comments

Tapak masjid Dhirar
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah, ada seorang lelaki suku khazraj dipanggil Abu Amir ar-Rahib. Dia berasal dari agama Nasrani pada zaman Jahilliyyah dan membaca kitab suci Ahli Kitab. Dia termasuk dalam kalangan ahli ibadah pada zaman Jahilliyyah dan memiliki kedudukan dalam suku Khazraj.

Selepas Rasullullah berhijrah ke Madinah dan semua kaum muslimin bersatu dibawah pimpinan baginda, maka Islam pun memiliki kekuatan setelah Allah menangkan mereka sewaktu Perang Badar. Melihat keadaan itu, Amir merasa kedudukannya telah terjejas dan dia mula menunjukkan permusuhan. Dia mula berkomplot dengan kafir Quraisy untuk memerangi Rasullullah.

Setelah selesai perang Uhud, dia melihat agama Rasullullah semakin terkenal, maka Amir pun pergi berjumpa dengan Heraculis, raja Romawi ketika itu untuk meminta bantuan memerangi Rasullullah. Heraculis berjanji untuk memberikan pasukan memerangi Rasullullah sehingga Amir boleh berkuasa semula.

Seterusnya Heraculis memerintahkan Amir supaya membuat satu tempat yang meletakkan utusan Heraculis. Selain itu, tempat itu juga akan berfungsi sebagai pusat pengintipan. Maka Amir dan kumpulannya membina masjid berdekatan Masjid Quba' Mereka mampu menyiapkan masjid tersebut  sebelum Rasullullah berangkat ke Perang Tabuk.

Mereka meminta kepada Rasullullah solat dan mendoakan keberkatan untuk mereka di masjid mereka. Hal ini mereka lakukan kerana jika Rasullullah solat di masjid mereka, menunjukkan bahawa Rasullullah telah mengakui dan mengiktiraf masjid tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa pembinaan bangunan itu adalah untuk orang-orang lemah yang mengalami kesulitan di musim sejuk.

 Akan tetapi ALLAH telah melindungi Rasullullah daripada bersolat di masjid mereka. Rasullullah menolak untuk solat di masjid mereka dan terus ke medan Tabuk. 

Ketika Rasullullah pulang dari Tabuk menuju ke Madinah, Malaikat Jibril turun membawa wahyu kepada Rasullullah tentang masjid Dhirar serta tujuan mereka membinanya yakni berupa kekufuran dan memecah belahkan kaum muslimin di Masjid Quba, yang masjid didirikan diatas asas ketaqwaan. 

Akhirnya, Rasullullah mengutuskan pasukan ke masjid yang didirikan oleh Amir bagi menghancurkannya, sebelum Rasullullah sampai ke Madinah.

Wednesday 3 April 2013

Perang Khandaq

Posted by HILMI RAMLI On 21:52 No comments

Rasullullah turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat bersama para sahabat walaupun dalam keadaan sangat lapar. Baginda sedar bahawa sahabat-sahabat juga dalam keadaan yang lapar. Baginda tidak rela hati membiarkan sahabat melakukan kerja tanpa memberkan kerjasama.

Rasullullah mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.

Saidina Jabir terpandang ketulan batu yang dibalut dengan kain terikat pada perut baginda. Jabir tahu bahawa Rasullullah sangat lapar. Jabir segera pulang dan berbincang dengan isterinya bagi menyediakan makanan untuk Rasullulah.

Isteri Jabir hanya mampu menyediakan sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil la
gi kurus. Cukuplah untuk menjamu Rasullullah dan beberapa orang sahabat. Rasullullah ketika dipelawa untuk menikmati hidangan oleh Saidina Jabir, bertanya sekadar mana makanan yang disediakan oleh isteri Saidina Jabir.

Setelah memberitahu kadar makanan yang disediakan, Rasullullah menyuruh Saidina Jabir pulang memberitahu isterinya supaya membiarkan makanan yang masih belum terhidangitu, kerana baginda sendiri yang akan menghidangkan makanan tersebut.

Sebelum Jabir pulang, Rasullullah membuat pengumuman kepada ribuan para sahabat yang bertugas di medan Khandaq, supaya pergi ke rumah Jabir untuk menikmati jamuan. Biarkan makanan yang disediakan sedikit, namun baginda tidak mengecualikan walau seorang sahabat sahabat pun daripada menyertai baginda kerumah Jabir.

Allah telah mendatangkan keberkatan daripada makanan yang sedikit itu hingga cukup dimakan oleh ribuan ahli medan Khandaq, hingga para sahabat seluruhnya merasa cukup kenyang dengan makanan yang sedikit itu.