Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Wednesday 9 March 2011

Menaip Huruf

Posted by HILMI RAMLI On 09:06 No comments

Sekarang aku diatas katil,
Menghadap "laptop" kesayangan aku,
Menaip-naip huruf cantuman membentuk kalimah lantas menjadi ayat-ayat yang sahabat dapat baca sekarang.

Sebenarmya menulis ini memerlukan masa yang cukup dengan disertai perasaan halus yang mendalam. Penulisan yang datang dari hati akan memberikan kesan yang berbeza dengan penulisan yang sekadar memenuhi masa terluang.

Namun sekarang ini, aku benar-benar dihimpit masa. Kewajipan menuntut agar masa mohon dilebihkan.

Benarlah seperti kata pepatah arab:

"Waktu itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka ia pasti akan memotong kamu."

Aku dah banyak dipotong.
YAng akhirnya aku tidak mampu membuat apa yang aku suka seperti menulis dan membaca. Namun aku yakin ia akan selesai sedikit masa lagi.

Doa qudus dari sahabat aku pohonkan.
Doakanlah agar kita diberi semua mendapat keberkatan dan ketenangan.
Apatah lagi dalam menyambut kemenangan memenangi Penaklukan PMUKM

Monday 7 March 2011

Mahasiswa UKM Menggali Perigi???

Posted by HILMI RAMLI On 03:27 No comments

Semester ini menyaksikan fenomena ketiadaan air di kolej-kolej utama UKM. Aku dan kengkawan menjadi bingung. Bukan sekali dua, malah berulang kali, namun kami tetap bersabar. Ramai yang memberikan respon negatif akibat ketiadaan air. Ada yang yang tidak boleh mandi dan sebagainya.

Mengapa jadi begini??Mana perginya air??
................................................................................................................

Air adalah elemen yang sangat penting dalam hidup kita. Air adalah satu nikmat yang mana amat bernilai. Sebijak-bijak manusia ia tidak mampu untuk mencipta setitik air. Walaupun struktur asas kimianya agak simple, namun ia memberikan fungsi yang banyak dalam pelbagai bidang.

Air adalah satu makhluk ALLAH yang amat ajaib,banyak fungsi yang boleh didapati. Air boleh bertindak sebagai penyejuk dan boleh bertindak sebagai pemanas. Kadangkala air boleh bertindak sebagai pengganas atas izin ALLAH seperti mana yang berlaku pada Tsunami pada tahun 2004 yang meragut ratusan nyawa manusia. Air merupakan tentera ALLAH diatas muka bumi. Bukan air sahaja malah kesemua benda diatas muka Bumi ni merupakan tentera ALLAH yang setia. Cuma manusia sahaja yang lupa bahawa mereka itu juga sepatutnya menjadi tentera ALLAH.

Salah satu keajaiaban lagi ialah Air zam-zam. Air Zam-zam yang berada di tengah padang pasir setelah beribu tahun tidak kering airnya dan mampu untuk membekalkan kepada seluruh jemaah haji yang datang dari seluruh pelosok dunia.

Mengapa ini berlaku??

Adakah ALLAH menjadikan itu dengan sia2? sudah tentu tidak. Sebagai contoh yang diceritakan dalam Al-Quran yang mana dimuara sungai terdapat  air tawar dan air masin, yang mana kedua jenis air ini tidak tercampur, malah seakan2 ada sempadan diantaranya dan hidupan air dapat hidup. MasyaALLAH, hebatnya ALLAH.

Kadang2 kita menunggu keajaiban itu untuk datang didepan mata kepala kita, barulah kita berasa kebesaran ALLAH. Apabila terdapat tulisan ALLAH di  badan ikan atau awan tertulis kalimah ALLAH, barulah kita berasa kebesaran ALLAH. Adakah dengan melihat ikan ataupun awan tidak tertulis kalimah ALLAH, kita tidak merasa kebesaran ALLAH???

Renung-renungkanlah..Dimana kita?

Mahasiswa Menggali Perigi???

Posted by HILMI RAMLI On 01:19 No comments

Friday 4 March 2011

"Assalammualaikum..Dik..abg nak tanya ni..dah kawin?"

Posted by HILMI RAMLI On 10:56 No comments


Khas buat Minggu Muhasabah Cinta (MMC) Kolej Rahim Kajai, UKM

2 tangan anak muda itu seakan melekat. Erat sekali. Sesekali rambut panjang yang terurai menutup muka gadisnya itu, disela-sela dengan jarinya. Sayang benar dia pada wajah manis itu. Sekejab dipeluknya bahu, sekejab dipeluknya pinggang.

Ada tawa yang meletus antara mereka. Tak lama pinggang pejal itu dipeluk, si gadis menampar-nampak manja bahu romeonya itu, Kegelian agaknya dirangkul sebegitu rupa.

Huh!...
Menggeleng kepala Aku, Jengkel melihat drama romantik ditempat terbuka itu.

Sedang syaitan ketawa melihat kejengkelan Aku......

..............................................................................................

Dari gear N, Aku alihkan ke gear 1.
Perlahan-lahan motor aku bergerak, dari traffic light syeksen 3, terus Aku masuk ke parking Petronas. Hajat hati nak beli air crysantemun atau aku panggil air bunga matahari.

Tiba-tiba permandangan seperti tadi sekali lagi tersaji. Dua mempelai tidak rasmi melekat-lekat seperti diikat oleh perompak. Perompak bernama Syaitan. Yang telah berhasil merompak iman dan khauf mereka....

Ermmmm....mengeluh!

Serba salah aku. Nak tegur dan tak...sama banyak. Iman menuntut supaya dihalang setakat mampu..sedang syaitan memberi alasan:

"...Alah..hadis nabi pun kata kalau tak mampu , cukuplah sekadar dengan hati. Lagipun nak tegur ni..kena tengok keadaan jugak. Ni kan tempat terbuka. Bukan tempay sunyi..."

Perompak membisikkan. Yakin benar alasan itu tepat!

Dan Aku seakan boleh menerima alasan itu dengan logik dan tepat. Tapi masih berfikir lagi...
Syaitan memandang aku dari celah-celah tubuh pasangan yang melekat itu dengan penuh kebimbangan. Bimbang kalau Aku berubah fikiran!

Akhirnya...

"Assalammualaikum..Dik..abg nak tanya ni..dah kawin?"

Syaitan tewas!
Bertambah permusuhan dengan manusia yang memandu dengan akal dan syariat. Moga Islam terus mulia..
Di tangan pemuda-pemuda ISLAM!

Khas buat Minggu Muhasabah Cinta (MMC) Kolej Rahim Kajai, UKM

Wednesday 2 March 2011

Hanya sebelah matamu wahai Ulama'

Posted by HILMI RAMLI On 15:39 No comments

Aku pernah terbaca kisah Ulama' Bani Israel yang beribadat tanpa henti hatinya mengingati ALLAH, lantas ALLAH mwngurniakan Jannah kepadanya dengan Redha. Tapi Ulama itu menolaknya!

Mengapa?

              Sebenarnya dia ingin ke Jannah dengan titisan jerih payah ibadahnya! Lantas ALLAH mengizinkan Ibadahnya dikiradan diperhalusi ibadahnya, maka ALLAH memerintahkan Malaikat mencampakkannya ke Jahannam!

               Tertanya-tanya kita! Mengapa begitu nasib yang diterimanya? Bukankah dia termasuk dalam kalangan ahli sujud? Bermakna dia juga ahli rukuk(patuh) ! Kerana sujud lebih rendah daripada rukuk. Sujud yang bertaut antara jasad dan hati. Bukan suud jasad sedangkan hati berdiri, ujub dan riak.

Tapi Mengapa demikian nasibnya?

              Ketahuilah .....Jannah bukan disebabkan amalanmu tapi kerana RedhaNYA! Hanya untuk membalas nikmat sebelah matamupun belum mampu, oleh itu, mintalah dikasihaniNYA. Setiap detik....