Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Wednesday 31 October 2012

Realiti Sekolah

Posted by HILMI RAMLI On 20:21 No comments

Kepandaian di sekolah rendah atau menengah adalah satu benda yang subjektif.Kayu ukur sering digunakan untuk mengukur kepandaian adalah melalui peperiksaan atau pun ujian. Bagi saya ujian atau peperiksaan masih lagi relevan kerana ia adalah penialaian yang dapat kita lihat dengan mata kasar.

Sempat menjadi guru ganti di Ampang menggantikan guru yang baru melahirkan anak. Di sini saya dapat melihat perbezaan sikap pelajar dengan prestasi akademiknya.Pelajar-pelajar nakal dan bising amat cepat memahami sesuatu perkara dan tangkas melakukan kerja sekolah. Berbanding dengan pelajar yang baik dan diam serta tidak bising, mereka ini lambat untuk “menangkap” apa yang diajar (maksudnya lambat faham) dan mereka ini agak perlahan dalam melakukan kerja sekolah. Pelajar yang baik ini sangat rajin tetapi tak faham yang sedang dibuatnya.

Pelajar yang nakal dan bising, otak mereka sebenarnya berfungsi dengan cepat. Jadi, kalau jadi guru, jangan marah kepada pelajar nakal dan bising. Mereka sebenarnya golongan yang cerdik, tetapi kenakalan dan kecerdikan perlu dikawal dan diadun dengan sebaik mungkin. Pelajar yang baik dan diam dalam kelas adalah sangat rajin. Rajin melulu tanpa kefahaman yang jelas adalah sangat rugi. Kerajinan mereka perlu disertakan konsep pengajaran yang betul. Jadi peranan guru adalah sangat penting untuk kenal pasti potensi pelajar yang baik. Kita taka da masalah dalam mengawal pelajar yang baik ini, tetapi kita punyai masalah apabila untuk memahamkan mereka.

Saya rasa amat rugi bagi pelajar yang bijak tetapi nakal akhirnya terperangkap dengan masalah disiplin sekolah dan masyarakat. Kecerdikan mereka perlu diasah dengan baik. Bagi saya, perlu ada sistem yang baik dalam mengawal pelajar-pelajar yang cerdik tetapi nakal ini.

Berdasarkan pemerhatian juga, pelajar lelaki peringkat sekolah menengah cukup mahir dengan matematikl berbanding pelajar perempuan. Berdasarkan penialian markah, pelajar lelaki mendapat yang tinggi berbanding pelajar perempuan. Malangnya kebanyakkan kepandaian tidak diteruskan dengan sebaiknya yang mana pelajar perempuan akan mendahului lelaki dalam kemasukan ke university.

Secara peribadi, saya lebih suka mengajar pelajar yang baik dan diam, tapi akhirnya saya kurang berpuas hati apabila mereka kurang faham tentang apa yang diajar. Sebaliknya untuk mengajar dan memahamkan dengan cepat, saya lebih suka pelajar yang bising dan nakal, sebab mereka cepat tangkap tentang apa yang diajar. Tapi menjadi walau guru ganti sekalipun, tidak boleh memilih bulu untuk mengajar. Apa yang penting benda yang diajar itu difahami. Ini adalah pandangan dari satu sudut sekolah, mungkin ada pandangan yang berbeza kalau di sekolah yang berbeza.

Tuesday 30 October 2012

Konvo Depan Tuhan

Posted by HILMI RAMLI On 18:20 No comments

Konvokesyen Universiti
Semua orang akan  gembira apabila sudah tamat pengajian di university. Mereka akan melalui proses terakhir iaitu majlis pengijazahan. Itulah masa untuk mengetahui tahap kehebatan masing-masing. Begitulah dengan sekalian manusia akan berkonvo di padang mahsyar dan akan dapat ijazah masing-masing. Semasa bergraduasi di di dunia, kita akan dipakaikan dengan jubbah dan topi tetapi semasa konvo di akhirat manusia akan bertelanjang bulat.

Tatkala bergraduasi di university kita akan menerima ijazah oleh pengurusan tertinggi iaitu cancelor, naib cancelor dan timbalan naib cancelor. Namun di akhirat kita juga menerima ijazah dari ALLAH, Tuhan Yang Maha Tinggi. Semasa di akhirat nanti, kita  akan menerima ijazah suratan amalan melalui tangan kiri atau tangan kanan. Kalau melaui tangan kanan, maka balasannya tentulah syurga tapi jikalau ijazah yang diterima itu melalui  tangan kiri, maka balasannya tentulah neraka.

Kalau konvo di dunia terdapat pelbagai seperti Anugerah Diraja, Anugerah Tun Razak dan banyak lagi anugerah. Tapi di akhirat terdapat juga pelbagai anugerah bergantung kepada amalan kita. Lagi baik amalan, lagi tinggi anugerah. Ada juga yang mendapat anugerah yang biasa-biasa saja. 

Konvo dunia pun sudah, tunggu konvo akhirat pulak mcm mn. Jom Audit Diri.

Tuesday 14 August 2012

China Bakal Kuasai Kuasa Besar Dunia

Posted by HILMI RAMLI On 03:04 No comments

Olimpik 2012


Olimpik 2008
Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahniah buat pasukan negara Malaysia yang telah memenangi pingat Olimpik iaitu Datuk Lee Chong Wei dengan pingat perak dan Pandelela yang memperoleh pingat gangsa. Saya bangga dengan atlet nagara saya sendiri. Berdasarkan statistik pungutan pingat sukan Olimpik baru-baru ini dan yang sebelumnya menunjukkan antara kuasa mendominasi dalam pungutan pingat ialah Amerika Syarikat, China, Britain dan Rusia.

Pungutan pingat boleh dijadikan sebagai penanda aras kekuatan sesebuah negara. Pungutan pingat boleh menunjukkan kemajuan teknologi, kekuatan dan kesungguhan manusia di sesuatu tempat dan sebagai menunjukkan negara yang digeruni di dunia. China adalah antara negara Asia mengekori rapat Amerika Syarikat dari belakang. Pada tahun 2008, China mengatasi Amerika Syarikat di tempatnya sendiri iaitu di Beijing.

Pada Olimpik 2004, China juga pesaing hebat kepada Amerika dari belakang.yang diadakan di Athens. China adalah negara Asia yang digeruni oleh Amerika Syarikat selain Jepun dan Korea. China juga mempunyai watak penduduknya yang unik.  Orang-orang China mempunyai watak yang bersungguh dalam melakukan sesuatu. Mereka adalah sangat rajin dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka juga mempunyai semangat tolong-menolong yang sangat kuat sesama mereka. Negara China juga merupakan negara yang termaju di dunia.
Olimpik 2004

Dari pandangan penulis, negara yang memenangi sukan Olimpik adalah negara yang maju dan mempunyai penduduknya yang berkualiti. Sudah tentulah dengan teknologi dan penyelidikan tentang sukan  dapat meningkatkan kemenangan. Untuk mencapai kemenangan juga memerlukan orang yang berkualiti dari sudut kekuatan dan kemahiran. Hal ini menunjukkan China mempunyai penduduk yang sangat berkualiti di Asia.

Walaupun Olimpik kali ini lebih menunjukkan kepada lambang illuminati seperti maskotnya yang menyerupai dajjal bermata satu, namun penyertaan dan kemenangan sesebuah negara  melambangkan kekuatan sesebuah negara dengan penduduknya yang hebat.

Negara-negara umat Islam tidak mendapat tempat dalam tangga 10 terbaik. Dalam konteks ini,  ia melambangkan umat Islam tidak kuat dari sudut tenaga kekuatan mental dan fizikal. Umat Islam perlu mengaut semua pingat yang ada sebagai lambang kekuatan. Penulis optimis negara China mampu bersaing dengan Amerika dari sudut lain juga hanya sekadar sukan. China juga digeruni oleh Amerika dari sudut teknologi pembangunan malah ketenteraan.China mampu menggantikan Amerika sebagai kuasa besar dunia.

Tuesday 31 July 2012

Saidina Umar al-Khattab

Posted by HILMI RAMLI On 22:01 No comments

Saidina Umar merupakan tokoh yang digeruni oleh masyarakat Jahilliah. Umar merupakan orang yang gagah dan berani. Umar mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah apabila Umar melalui satu lorong, lorong itu tidak akan dilalui lagi oleh para syaitan. Sebelum Islam dia dikerimuni oleh syaitan, apabila mendapat cahaya Islam, syaitan takut menghampirinya.

Apabila Islamnya Umar, maka Islam makin bertambah kuat. Umat Islam tidak lagi dizalimi malah boleh keluar bersembayang secara terang-terangan. Apabila hendak berhijrah, Umar mengumumkan pemergian secara terang-terangan kepada orang ramai. Siapa yang nak melihat isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim dipersilakan untuk menghalangnya. Namun tiada siapa yang berani menghalangnya.

Dalam sirah banyak pendapat Umar yang benar yang diterima. Salah satunya apabila selesai perang badar apabila terdapat tawanan. Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya tawanan itu dibebaskan dengan wang tebusan dan mengajar anak-anak orang Islam apa ilmu yang mereka ada. Manakala Saidina Umar pula mencadangkan supaya semua tawanan itu dipancung kepala mereka. 

Nabi Muhammad lebih cenderung kepada pendapat Saidina Abu Bakar supaya tawanan itu dibayar dengan wang tebusan. Selepas pada itu, ALLAH telah menurunkan ayat membenarkan pendapat Saidina Umar supaya memancung kepala semua tawanan. Penulis bukannya nak ketengahkan perbezaan pendapat antara Saidina Abu Bakar dan Umar tapi ingin menghighlightkan kehebatan pendapat Umar. Namun Rasullullah tetap meraikan kedua pendapat dengan baik. Walaupun pendapat Umar ditolak tapi Umar sedikit pun tidak bersedih.

Satu lagi peristiwa ialah ketika ketika hendak solat jenazah kepada Abdullah Bin Ubai, Ketua Munafik pada ketika itu. Saidina Umar amat tidak bersetuju ketika Rasullullah hendak mensolat jenazahkan Abdullah bin Ubai. Selepas Rasullullah selesai solat jenazah, turunlah ayat yang membenarkan pendapat Umar supaya tidak disolatkan jenazah Abdullah bin Ubai. Itulah kelebihan yang ada pada Saidina Umar. 

Nabi Muhammad pernah berkata kalau ditaqdirkan ada nabi selepas aku, maka Umarlah yang layak. Umar juga amat menyayangi Rasullullah. Umar merupakan orang yang tidak percaya dengan kematian Nabi Muhammad. Umar mengamuk jikalau ada orang yang mengatakan Rasullullah wafat. Namun dia telah ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar. 

Umar merupakan watak yang penting dalam mengembangkan Islam. Penulis cuma mengulang kembali post yang menceritakan Pentingnya Watak Saidina Umar Dalam Perjuangan. Perlunya watak tegas, pemikiran kritikal dan istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayat. Tidak dinafikan juga watak-watak yang lain yang memberikan sumbangan kepada Islam. Semua watak adalah penting. Cuma penulis lebih cenderung dengan watak yang dimainkan oleh Saidina Umar yang sangat unik.




Monday 30 July 2012

Ikrimah Bin Abu Jahal

Posted by HILMI RAMLI On 07:51 No comments

Sewaktu pembukaan Kota Mekah, Ikrimah merupakan orang yang diwajibkan dibunuh oleh Rasullullah. Ikrimah juga merupakan anak kepada Abu Jahal yang juga penentang hebat kepada Islam. Ikrimah merupakan musuh Islam ketika dahulunya. dia telah membunuh ramai orang Islam dalam peperangan. Ikrimah telah melarikan diri ke Yaman kerana dia termasuk dalam golongan yang wajib dibunuh ketika pembukaan kota Mekah.

Isterinya yang masih setia iaitu  Ummu Jamil berusaha untuk mengajak suaminya masuk Islam. Ummu Jamil berusaha pergi ke Yaman ditemani oleh pembantunya untuk memujuk suaminya. Dalam perjalanan pembantunya ingin memperkosa Ummu Jamil. Ummu Jamil memang seorang yang cantik. Ummu Jamil pandai berhelah dan apabila sampai ke Yaman, dia terus memberitahu suaminya tentang pembantunya yang ingin memperkosanya. Lalu Ikrimah pun membunuhnya.

Ummu Jamil telah mampu memujuk suaminya supaya masuk Islam dengan mengatakan bahawa Rasullullah telah mengampunkan dosanya. Terharu dengan pengampunan Rasullullah itu, Ikrimah bersetuju untuk pulang ke Mekah bagi menyertai agama Islam bersama Rasullullah. Ikrimah telah berjanji dengan Rasullullah untuk berjuang habis-habisan bagi menebus dosanya yang membunuh ramai orang Islam ketika memerangi orang Islam.

Ketika perang Yarmouk dia merupaka orang yang telah syahid di medan perang. Ketika luka parah terdapat tiga orang sahabat yang sedang nazak iaitu Al-Harits bin Hisyam, Ayyasy bin Abi Rabiah dan termasuk Ikrimah bin Abu Jahal. Al-Harits meminta air untuk diminum. Ketika air didekatkan ke mulutnya, ia melihat Ikrimah dalam keadaan yang sama seperti yang dialaminya. Lalu Al-Harits berkata, "Berikan dahulu air ini kepada Ikrimah!". 

Ketika air didekatkan ke mulut Ikrimah, ia melihat Ayyasy memandang kearahnya. Melihat keadaan Ayyash, Ikrimah berkata, "Berikan dahulu air ini kepada Ayyasy!". Ketika air minum didekatkan ke mulut Ayyasy, dia telah meningga. Orang yang membawa air minum segera kembali kepada Al-Harits dan Ikrimah, namun keduanya turut meninggal dunia.

Itulah saat akhir hidup Ikrimah bin Abi Jahal yang mati syahid walaupun pada awalnya seorang yang kafir memerangi Islam. Namun, hidayah ALLAH yang amat mahal sampai kepadanya. Marilah kita bersama-sam berdoa agar pengakhiran hidup kita diakhirkan dengan kesudahan yang baik.

Friday 22 June 2012

Jangan Ambil Kesempatan Atas Musim Haji

Posted by HILMI RAMLI On 18:31 No comments

Antara Haji dan pilihan raya.?
Terpaksa tunggu giliran 20 tahun nak pergi haji dibandingkan dengan hendak tukarkan kerajaan terpaksa menunggu 55 tahun.
Seperti tiada tarikh lain, tarikh musim haji dipilih paling sesuai untuk dijadikan pilihanraya. Adakah ini sebagai  cara mengekalkan kemenangan?
Tak ada tarikh lain kah yang sesuai untuk pilihan raya?
Adakah tiada masa lain yang atas dunia ni.?
Mengapa musim haji juga dipilih untuk dijadikan tarikh pilihan raya ?
Mengapa perlu korbankan waktu haji sedangkan musim lain masih ada?
Mengapa x diadakan pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji ?
Siapakah golongan yang banyak pergi haji?
Adakah pilihan raya juga kewajipan pada orang Islam?

Perlu dikaji semula tarikh pilihanraya untuk kepentingan semua.


Sunday 17 June 2012

Kisah Rakyat: Nilaian Ilmu

Posted by HILMI RAMLI On 03:24 No comments



Seorang raja memiliki kapal yang rosak. Lalu dia memanggil orang biasa untuk membaiki kapalnya. Raja memanggil sebanyak lima belas orang untuk membaiki kapal. Lima belas orang turun naik kapal mencari punca sebenar kerosakan kapal. Namun tidak dapat menyelesaikannya.

Lalu dia memanggil seorang tukang kapal yang mahir. Sebelum memperbaiki kapal, tukang kapal meminta berapa yang raja perlu bayar. Tukang itu meminta dibayarkan sebanyak nilaian 1000(x tahu unit). Raja itu bersetuju. Lalu dia dapat menyelesaikan dengan hanya memutarkan skru kecil sahaja dan kapal itu terus bergerak.

Raja itu tidak berpuas hati sebab perlu membayar 1000, sedangkan si tukang itu hanya memutarkan skru kecil sahaja. Tukang itu menjawab, upah itu dibayar bukan untuk tenaga saya memutarkan skru, tetapi upah itu dibayar adalah diatas ilmu saya untuk membolehkan saya tahu skru mana perlu diketatkan.

Oleh itu, jangan berkira kepada orang yang memberi ilmu. Ilmu itu tidak ternilai. Mungkin masa orang yang memberi ilmu kalau dia tak datang, dia boleh buat untuk kerja lain. Pengorbanan seperti masa dan tenaga untuk dia datang amat besar jika dibandingkan dengan wang. Tambahan lagi, Banyak masa yang dia habiskan untuk dapatkan ilmu tersebut.Selain itu, kalaulah ilmu yang diajar itu ialah ilmu agama, ilmu itu akan membawa ke akhirat nanti. Jadi benda-benda sebegini, janganlah berkira untuk sumbangkan untuknilaian ilmu.

-dipetik dari IKIM FM Slot Islam itu Indah: Prof Dr Muhaya
-Reset Minda Peniaga

Saturday 16 June 2012

Amazing KhutbaH: Islam Will Win- Syeikh Abdullah Janabi

Posted by HILMI RAMLI On 02:33 2 comments



Kejadian ini berlaku pada tahun 2004. Syeikh Abdullah Janabi merupakan Ketua Mujahidin di Fallujah, Iraq. Tempat Markas mereka dibocorkan oleh orang Islam kepada tentera Amerika. Tentera Amerika datang serang dan tangkap Syeikh Abdullah al- Janabi. Beliau dipenjarakan bersama tentera mujahidin yang lain. Dalam penjara itu terdapat juga Ulama yang ditangkap. Ulama dilondehkan pakaian oleh Tentera Wanita Amerika

Tidak tahan melihat kejadian berlaku depan mata dalam penjara, ulama dilondehkan pakaian satu persatu oleh tentera wanita amerika. Syeikh Abdullah Janabi melaungkan Takbir ALLAHHUAKBAR hingga orang lain yang berada dalam penjara mengikutnya dan bergema satu penjara hingga menarik orang sekeliling datang turut bertakbir.

Tentera Amerika dengan segera menangkap Syeikh Abdullah Janabi dan menyuruh beliau menghentikan laungan takbir. Dia enggan menghentikan laungan takbir, akibatnya tentera Amerika memotong sebelah tangannya. Lantas buat kali ke-2, tentera Amerika memaksa supaya dihentikan laungan takbir. Tetapi tak diendahkan oleh Syeikh Abdullah Janabi. tentera Amerika memotong tangannya sebelah lagi menyebabkan dia kudung tangan kedua-duanya.

Dia dibiarkan ditepi jalan dalam keadaan pengsan. ALLAH masih sayangkannya lagi. Dia kemudiannya diambil oleh orang kampung. Walaupun dalam keadaan kudung kedua tangannya, dia mampu untuk memimpin gerakan dengan meniupkan semangat jihad kepada anak-anak muda yang ada.

Lalu beliau ditangkap buat kali ke-3, tentera Amerika memotong kedua kakinya. Lantas, anak-anak muridnya dalam kalangan mujahidin mengatur strategi menyerang kem tahanan yang menempatkan Syeikh Abdullah Janabi. Sebanyak 200 orang gugur syahid, tetapi Syeikh Abdullah Janabi berjaya diselamatkan.

Setelah itu, Tentera Amerika dengan sekutunya Syiah mengarahkan masjid-masjid supaya tidak dilaungkan azan mahupun solat jemaah. Semangat jihad Syeikh Abdullah al-Janabi cukup kuat dan kental lantas menyeru semua puak Sunni untuk solat jumaat secara berjemaah di masjid setelah tiga hari dilarang berada di masjid.

Syeikh Abdullah al-Janabi dalam keadaannya tiada tangan dan kaki mengengsot untuk menyampaikan khutbah. Dalam khutbahnya ditiupkan semangat jihad. Apabila mendapat tahu bahawa Syeikh Abdullah al-Janabi memberi khutbah, lantas tentera Amerika mengepung masjid dengan kereta kebal dan helicopter berlegar-legar di bumbung masjid.

Setelah selesai solat, kebanyakkan jemaah menangis bagaikan lebah yang berkerumun semasa mengaminkan
doa. Setelah habis bacaan doa, tentera Amerika meluru untuk menangkap Syeikh Abdullah al-Janabi dan semua jemaah yang ada. Tentera Amerika mengepung Syeikh Abdullah AL-Janabi yang tiada tangan dan kaki. Dengan kuasa ALLAH, tiba-tiba Syeikh Abdullah Al-Janabi ghaib di tengah kepungan itu.

Hal ini menjadi satu tanda tanya keajaiban, ke mana menghilangnya Syeikh Abdullah Al-Janabi. Inilah satu karamah pertolongan ALLAH terhadap hambanya yang menolong agamanya. Hal ini menjadi satu peluang besar yang membuka hidayah ALLAH yang setelah kejadian itu tersebar di Eropah. Ramai penduduk di sana memeluk Islam.

-sedutan Khutbah Jumaat di Surau An- Nur, Bandar Baru Bangi.
-15/6/2012  


Wednesday 13 June 2012

Dalam Minit Akhir Persahabatan

Posted by HILMI RAMLI On 08:56 No comments



Setelah peperangan Yarmuk tamat dengan kemenangan besar kepada tentera Islam, Ikrimah adalah salah seorang daripada tiga pejuang yang terbaring akibat luka parah. Al-Harith bin Hisyam melaungkan memintaair tatkala minuman itu hendak diberikan kepadanya, dia terpandang Ikrimah yang sedang memerhatikannya.

Dia berkata, berikan air itu kepada dia (Ikrimah). Bila dihampiri hendak diberikan air, 'Ayyasy bin Abi Rabiah pula menoleh kearahnya. Maka Ikrimah pun berkata, " Kamu berilah kepada dia ('Ayyasy). Namun belum sempat memberinya, 'Ayyasy telah meninggal. Justeru mereka segera kembali kedua sahabat tadi. Namun mereka juga telah kembali ke rahmatullah

Saya pun punya seorang kawan tak perlukan disebutkan nama, seorang yang amat baik perilakunya. Dari tahun satu di UKM lagi. Saya sangat mengagumi beliau, seorang yang cool dan berjiwa tarbiyah. Semasa tahun 1 di UKM, dia sering membantu rakannya terutama saya lah. Saya sering meminjam barangannya seperti motosikal untuk kegiatan persatuan sehinggalah accident motornya dan rosak. Namun dia tetap cool, relax, walaupun motornya rosak.

Kini dah tahun 3, biasalah selalunya sempit sikit kadang-kadang, dia selalu hulurkan RM50 berkali-kali. Naik segan juga. Dia beri itu, bukannya kita minta. Macam dia tahu pulak, kita tengah kesempitan. Mungkin dia kenal siapa saya sebenarnya. Harapnya dia tak baca post yang saya buat ni. Semoga ALLAH memudahkan urusannya dalam segala hal yang baik. Kerana dia sering melebihkan kawan-kawanya sendiri. Susah juga cari kawan macam ni yang tak berkira. InsyaALLAH, saya akan balik jasa dia selama ini.

Tuesday 5 June 2012

Tidur Lena

Posted by HILMI RAMLI On 09:19 No comments

Adakah ini benar?
Setelah selesai VIVA tadi, bukan bermakna saya dapat tidur lena. Masih ada final exam lagi lepas ni.Tetapi saya nak ceritakan kisah di zaman sahabat yang unik yang hanya melakukan amalan yang mudah dan simple, namun amat susah bagi orang lain, yang mana individu itu dapat memasuki syurga ALLAH. 

Memaafkan adalah refleksi dalam hati yang tak dapat digambarkan. Ia bermain dalam hati yang tak dapat dilihat.Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil... mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri! Itulah kelebihan orang yang pemaaf. Tidur pun lena, makan pun kenyang. Oleh itu, jadilah orang yang pemaaf.

Hrmmm,,,,Ceritanya macam ni, ketika di majlis ilmu Rasullullah S.A.W yang mengajar para sahabat. Tiba-tiba nabi berhenti "nanti di pintu ini akan masuk seorang sahabat yang akan masuk syurga". Lalu sahabat menumpukan mata di pintu untuk melihat siapa lelaki itu. Lelaki itu masuk dan solat dua rakaat.

Pada hari berikutnya, nabi memberitahu perkara yang sama juga kepada para sahabat. Namun lelaki yang sama tetap muncul. Begitulah jugak pada hari ketiga, nabi mengkhabarkan perkara yang sama bahawa lelaki yang sama itulah sebagai ahli syurga.

Lantas para sahabat tertanya-tanya, apakah amalan lelaki itu yang special sangat yang membolehkan dia masuk syurga ALLAH. Abdullah bin Umar memohon izin pada Rasullullah untuk menyelidiki amalan lelaki yang dijanjikan syurga padanya.

Pada malam pertama di rumah sahabat itu, Abdullah bin Umar tidak tidur hanya disebabkan untuk melihat apakah amalan yang istimewanya.Namun, tidak terlihat amalan istimewanya. Amalannya biasa sahaja, tidak banyak puasa sunat malah qiammullail pun kurang jika dibandingkan dengan Abdullah bin Umar.

Pada malam berikutnya, keadaannya juga sama, tidak terserlah amalan yang istimewa yang dilakukan oleh bakal ahli syurga itu. Setelah beberapa hari bermalam dirumah itu, lalu sahabat terus bertanya kepada lelaki itu.."aku dikhabarkan dari mulut Rasullullah sendiri sebanyak tiga kali bahawa tuan adalah ahli syurga tetapi tidak terlihat amalan yang hebat tuan lakukan melainkan yang biasa sahaja. Abdullah bin Umar menceritakan terus tujuan kedatangannya.."apakah rahsia tuan yangmenyebabkan tuan menjadi ahli syurga?? 

Lelaki itu menjawab " aku tidak melakukan kurang atau lebih amalan. Abdullah bn Umar berganjak hendak meninggalakan lelaki itu dan tiba-tiba lelaki itu memanggilnya semula dan dia berkata " tiada apa yang istimewa pada diriku. Demi ALLAH aku tidak pernah menyimpan perasaan dengki dan dendam pada sesipa pun..setiap malam sebelum tidur aku berdoa dan aku maafkan semua orang tanpa menyimpan perasaan dengki dan dendam.

Mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah bin Umar berkata inilah yang mengangkat darjat tuan hingga menjadi penghuni syurga seperti yang disabdakan Rasullullah. Oleh itu, saya berpesan pada diri saya dan teman-teman untuk memaafkan orang lain. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya mungkin ada tidak yang kena saya lakukan pada kalian semua dari umur saya masih kecil hinggalah sekarang. MAAFKANLAH.^_^

Friday 25 May 2012

Persepsi Terhadap Anjing

Posted by HILMI RAMLI On 18:58 No comments

Anjing Jinak
Apabila sahaja disebut tentang anjing, pasti ramai akan merasa jijik. Apabila sahaja melihat anjing, ramai akan cuba menjauhinya. Anjing juga merupakan makhluk ALLAH yang sering kali dipandang hina oleh masyarakat Melayu Malaysia. Anjing seolah-olah tidak berharga langsung dari sudut nilai dalam pandangan mata manusia masyarakat Melayu. Malah kebaikan yang dibuat kepada anjing adalah satu yang tidak bernilai di mata manusia. Walaupun dalam keadaan persekitaran disini iaitu UKM dan sekitarnya terdapat banyak kawanan anjing, bukan bermaksud kita menghina kehadirannya, tapi memandang dari sudut lain, bahawa anjing juga sebagai makhluk ALLAH mempunyai haknya sendiri. Mungkin apabila sesuatu hak keatas anjing tak disempurnakan  oleh manusia dengan sebaiknya, maka dengan inilah mungkin anjing bertindak dengan ganas.  

Pada zaman Bani Israel diceritakan oleh Nabi Muhammad dalam hadis yang menceritkan kisah seorang lelaki yang bermusafir di tengah padang pasir yang panas keputusan bekalan air dan ditimpa dahaga yang amat sangat. Kemudian lelaki itu, ternampak satu bi'ru(telaga). Dia pun terus turun dengan bersusah payah untuk mendapatkan air. Apabila selesai minum air, dia pun naik semula, tiba-tiba dia ternampak seekor anjing yang terjelir lidah kehausan air. Lidah anjing itu menjilat diatas permukaan tanah yang basah kerana kehausan amat sangat. 

Atas dasar kemanusiaan, si Musafir pun turun semula dengan bersusah payah turun semula ke telaga untuk mendapatkan air dengan menggunakan khuf(sejenis sarung kaki) untuk diberikan kepada anjing itu. Anjing itu pun dapat minum dengan air yang dibawa oleh lelaki itu sehingga hilang dahaga. 
Atas perbuatan mulia itu, ALLAH hadiahkan tiga perkara kepada lelaki ini. Hadiah yang pertama, ALLAH yang jadikan lelaki ini, ucap terima kasih kepadanya, subhanALLAH. Hadiah yang kedua ialah ALLAH ampunkan dosanya dan hadiah yang ketiga yang paling mahal ALLAH masukkan lelaki ini ke dalam syurga.

Dalam cerita ini, berbuat baik pada anjing pun ALLAH sediakan ganjaran yang tinggi kepada hambaNYA, apatah lagi berbuat baik kepada manusia. Oleh itu, hadis tadi bukan berbicara tentang anjing sahaja, tapi berbicara tentang kita yang perlu melakukan kebaikan tak kira kepada sesiapa pun walaupun haiwan. 




Wednesday 16 May 2012

Manusia Mudah Jemu

Posted by HILMI RAMLI On 01:56 No comments


Bill Gates



Kejemuan atau kemuakan manusia kadang-kadang menjadi peluang ekonomi kepada orang yang berfikir kearah inovasi perniagaan. Kejemuan menyebabkan inovasi baru tercipta. Seperti contoh telefon bimbit sentiasa berubah dari bentuk design dan teknologinya. Saya dapat kaitkan ciptaan orang Eropah yang mencipta sesuatu benda atau projek yang sangat berkualiti. Hal ini menyebabkan sesuatu ciptaan baru menjadi tahan lama dan susah rosak dan menyebabkan orang muak untuk menggunakannya. Seperti contoh, Alphard, Audi, Volvo, Mercedes, BMW.

Seperti contoh jualan kereta di Eropah menurun sebanyak 9.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas dengan jumlah jualan sebanyak 1,261,643 unit. Berikut adalah data jualan mengikut negara dan model. Data mengikut negara September 2010 1.UK 335,246 2.Germany 259,748 3.France 169,944 4.Italy 154,429 5.Spain 56,280 6.Netherlands 45,773 7.Belgium 36,945 8.Austria 28,115 9.Poland 27,873 10.Sweden 25,912 .

Penurunan jumlah jualan adalah mungkin disebabkan oleh pengekalan pattern design yang sama tetapi sangat berkualiti. Saya tidak nafikan kualiti kereta Eropah tapi putaran pembuatan design kereta yang baru menyebabkan orang Eropah menunggu dan mungkin menjadi jemu menggunakan kereta yang sama.Berbeza dengan industry pembuatan kereta Jepun, Industri Jepun sentiasa berevolusi lebih cepat  jenis kereta mereka dari semasa ke semasa. 

Mungkinkah mereka memandang kejemuan itu satu peluang ekonomi atau selari dengan semangat mereka yang mahu cipta sesuatu yang baru bagi membaiki sistem yang lama kearah yang lebih baik.Honda, Mazda, Toyota, Suzuki, Mitsubishi, Nissan, Subaru adalah jenama yang terkemuka di dunia. Seperti contoh Toyota sentiasa berevolusi mencipta putaran produk yang baru.

Bukan setakat kereta sahaja industri Jepun cepat berevolusi malah industry telefon bimbit juga berevolusi dengan cepat seperti Samsung. Samsung berpusat di Seocho Samsung Town di Seoul, Korea Selatan .Samsung sekarang telah mengungguli pasaran dunia berbanding Nokia. Samsung yang kini mengikuti gaya Nokia dengan mengeluarkan pelbagai saiz dan bentuk peranti mula membuahkan hasil, dimana kini melalui statistic semasa yang dikeluarkan, ia mendahului Nokia sebagai syarikat pengeluar telefon mudah alih terkemuka di dunia.

Mungkinkah kita perlu berevolusi memikirkan sesuatu yang baru menjadi masyarakat Jepun & Korea.  

Tuesday 15 May 2012

Sajak Hari Guru

Posted by HILMI RAMLI On 09:51 No comments


GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Saturday 5 May 2012

Masjid Tempat Orang Jatuh Hati Bukan Jauh Hati

Posted by HILMI RAMLI On 05:33 No comments

(KARIM'S)
Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). 


Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. 


Bangga dan rasa bertuahnya berada di Bandar Baru Bangi kerana mempunyai masjid yang sentiasa di 'imarahkan dengan pelbagai Program yang menarik. Saya berkesempatan untuk menyertai pelbagai Program Karnival Imarah Masjid & Surau-Surau (KARIM'S) 12 yang diadakan di Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi. 


Masyarakat disini amat cintakan program keislaman dengan setiap program sentiasa dipenuhi oleh masyarakat yang kebanyakkan ialah dari kalangan menengah Melayu. Jelas disini, masjid terbuka untuk sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda.Masjid janganlah menjadi "mesra" kepada golongan orang pencen sahaja, tapi mesra untuk golongan muda. 


Masjid-masjid sekarang perlu mengadakan rejuvenasi strategik bagi menarik lebih ramai orang ke masjid dengan program-program yang menarik.Hal ini penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti yang sentiasa berdamping dengan masjid. Jadikan masjid tempat orang jatuh hati bukannya jauh hati. 

Friday 4 May 2012

Kerana Susu

Posted by HILMI RAMLI On 09:03 No comments

Gambar Hiasan
Sewaktu pemerintahan Umar al-Khattab, Umar pernah berjalan malam untuk melihat keperluan rakyatnya. Ada suatu kisah dimana Umar terdengar seorang anak berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air kedalam susu. Anak itu melarang ibunya melakukan perbuatan itu kerana Umar al-Khattab melarang perbuatan mencampurkan air kedalam susu. Ibunya cuba mempertahankan dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka pada penghujung malam.

Namun, anaknya tetap dengan pendiriannya dengan menegaskan, sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu, tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka kerjakan. Umar tertarik dengan kata-kata itu. Sekalipun Umar tidak melihatnya, apa lagi mengenalinya, namun Umar yakin bahawa anak itu mempunyai peribadi yang mulia.

Umar mencadangkan kepada anaknya 'Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh. Hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu 'Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, daripada perkahwinan mereka inilah, lahirnya Khalifah Umar Abdul Aziz, seorang kahlifah yang zuhud, bertakwa dan wara'

Dalam diri Umar Abdul Aziz mengalir darah Umar al-Khattab. Kita dapat melihat pembinaan generasi soleh juga memerlukan perancangan yang baik. Umar al-Khattab dengan segera meminta anaknya 'Ashim meminag Ummu Ammarah kerana yakin bahawa akan lahir keturunan yang baik hasil keberkatan perkahwinan dengan orang yang baik. Perancangan itu bermula dengan diri kita sendiri.