Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Saturday 31 August 2013

Adakah kaum China bakal mengetuai kebangkitan Islam?

Posted by HILMI RAMLI On 04:04 No comments

Gambar Hiasan.
Saya amat tertarik dengan orang Cina bekerja. Mereka sangat professional dalam melakukan kerja. Dan Di Malaysia, mereka telah mengusai ekonomi.Dalam satu hadis, Nabi Muhammad juga pernah menyatakan supaya pergilah belajar sampai ke negeri China. Jadi, apa istimewanya negara dan kaum China ini? Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad menyentuh mengenai kebangkitan Islam di Timur. Ini bererti kepimpinan Islam mungkin akan beralih ke arah negara dan bangsa yang tinggal di timur.(kalau x betul sila betulkan).  Pada pandangan peribadi, negara dan bangsa terunggul pada masa sekarang di Asia ialah Cina, Jepun dan Korea. Adakah China dan dua negara lain akan mengetuai kebangkitan Islam? Tapi fokus perbincangannya kali ini adalah tentang kaum Cina yang berada di Malaysia. 

Di Malaysia, kaum Cina masih lagi kurang menganut Islam. Mengapa begitu? Hal ini disebabkan kerana Islam sering dikaitkan dengan agama orang Melayu. Sesiapa yang masuk Islam dikatakan masuk Melayu. Disebabkan itu, orang Cina kurang berminat untuk menganut agama Islam dan menentang sesiapa yang berbuat demikian. Hal ini berlaku kerana Islam dianggap dianggap sebagai agama sendirian berhad yang menjadi milik eksklusif bagi orang Melayu.

Bagi orang Cina pula, budaya lebih dititikberatkan daripada kehidupan beragama. Jadi penolakan orang Cina terhadap Islam bukan disebabkan oleh intipati Islam tetapi kebimbangan mereka tidak boleh lagi mengamalkan budaya mereka apabila mereka memeluk Islam. Ketakutan itu masih bersarang dalam pemikiran mereka sampai hari ini. Orang Cina tentu tidak akan menolak Islam jika mereka tahu mereka dibenarkan mengamalkan budaya leluhur Islam.

Halangan yang paling besar untuk orang Cina memeluk Islam datang dari sikap umat Islam sendiri yang memandang rendah dan hina kepada orang bukan Islam. Umat Islam ada kalanya menggunakan perkataan yang tidak enak didenngar oleh masyarakat non-muslim. Orang Cina umpanya diberikan label negatif kerana memakan daging babi dan memuja berhala. Ada pula yang langsung tidak mahu bercampur dan bersentuhan dengan orang Cina kerana khuatir dicemari dengan najis babi. Apabila ada orang Cina yang meninggal dunia tidak disebut mati tetapi mampus. Hal ini menyebabkan orang Cina semakin jauh dengan Islam disebabkan sikap umat Islam sendiri.

Perkara-perkara yang diutarakan mungkin tidak dilihat sebagai serius oleh umat Islam, tetapi sangat mengguris hati dan perasaan untuk kaum lain.

Islam tidak pernah mengenal erti persempandanan negara, bangsa, agama, budaya, kaum, ras dan warna kulit. Dalam Islam sesiapa sahaja boleh menjadi orang yang mulia disisi ALLAH, jika dia menjadi orang yang paling bertaqwa. Ayat itu tidak menyebut tentang bangsa, keturunan dan jantina. Apabila dapat ditonjolkan sedemikian rupa, ia sudah tentunya diterima oleh orang Cina kerana sejajar dengan fitrah mereka.

Adakah kaum China bakal mengetuai kebangkitan Islam? 


Saturday 24 August 2013

Jika Diberi Pilihan

Posted by HILMI RAMLI On 09:39 No comments

Gambar Hiasan: Pekerja Asing
Pengalaman bekerja dapat melihat pelbagai jenis gelagat manusia dari segi bangsa dan semangat untuk bekerja. Saya mempunyai orang bawahan dari Indonesia, Nepal, Myanmar dan Bangladesh dan sedikit orang tempatan.

Pekerja asing sangat rajin dalam bekerja. Mereka datang awal setiap hari dengan basikal. Kalau waktu pagi dapat lihat mereka konvoi bergerak bersama. Di atas basikal mesti ada 1 @ 2 botol air sebagai bekal untuk sehari bekerja. Kalau ada yang lagi susah, mereka datang bekerja dengan berjalan kaki. Di antara mereka ada juga yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Kadang-kadang kasihan melihat pengorbanan dan kesanggupan mereka datang ke Malaysia untuk menyara keluarga mereka yang jauh. Pernah saya rehat dan makan tengah hari bersama mereka, saya dengan nasi dan lauk ayam dan bila saya pandang ditepi mereka hanya makan nasi putih sahaja tanpa lauk dan kuah. Owh sangat beza kehidupan.

Pekerja asing sangat patuh pada arahan. Jika beri 10 kerja, mereka akan siapkan 10 kerja. dengan baik. Jika dibandingkan dengan pekerja tempatan sangat berbeza. Jika beri 10 kerja, mungkin hanya 5 sahaja yang akan siap. Pekerja asing melakukan kerja dengan cepat tanpa berlengah, manakala pekerja tempatan melakukan kerja agak lambat.

Jika diberi pilihan untuk memilih pekerja, saya akan memilih warga asing untuk bekerja.

Friday 16 August 2013

Ekonomi Sosial

Posted by HILMI RAMLI On 19:47 No comments

Gambar Hiasan: Kedai Runcit
Saya kurang setuju dengan pembinaan banyak Pasar Raya Besar seperti TESCO, GIANT, ECONSAVE, dan banyak lagi kerana ia memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil, jika ia dibina dibina dikawasan luar bandar. Mungkin pertumbuhan Pasar Raya Besar sangat penting kepada masyarakat bandar tetapi ia memberikan sedikit negatif kepada penduduk masyarakat luar bandar. Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian saya, peniaga-peniaga kecil seperti kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan harian tidak dapat bersaing dengan Pasar Raya Besar kerana barang yang ditawarkan di Pasar Raya besar jauh lebih murah dengan kuantiti yang banyak dengan tawaran pelbagai promosi.

Hal ini sudah tentu telah menarik minat ramai pengunjung untuk ke Pasar Raya Besar. Pembinaan Pasar Raya Besar juga menyebabkan penjanaan ekonomi penduduk setempat yang ingin membuat perniagaan tidak dapat berkembang dengan maju disebabkan penguasaan barangan keperluan harian didominasi oleh Pasar Raya Besar. Sebut sahaja apa benda yang tidak ada di Pasar Raya Besar. Boleh dikatakan semua kelengkapan ada dijual. Akhirnya, oleh kerana tidak dapat bersaing, kedai kecil masyarakat tempatan terpaksa gulung tikar kerana kedai kecil menawarkan harga yang sedikit mahal dan kuantiti sedikit berbanding Pasar Raya Besar.

Akhirnya, penduduk setempat hanya menjadi pekerja kepada pasar raya dan pelanggan yang tetap yang menyumbang kepada keuntungan Pasar Raya. Penduduk tempatan tidak memcipta nilai hasil perniagaan sendiri sebaliknya telah memberikan keuntungan kepada orang luar yang datang membuat perniagaan. Kadang-kadang kita berbangga dengan pembinaan pembangunan di tempat kita, tapi sebenarnya itu bukan hak kita. Dengan mengatakan tempat kita semakin maju dengan banyaknya bangunan-bangunan perniagaan tetapi masyakat kita belum lagi mengusai ekonomi setempat sebaliknya orang lain yang datang daripada luar yang menguasai.

Kita perlu fikirkan something.untuk jana aset bagi masyarakat kita. Saya bukannya anti kepada pembangunan tapi kita perlu fikirkan sesuatu untuk bina something dalam masyarakat kita. Harapnya kita sebagai masyarakat tempatan ada penguasaan ekonomi kita sendiri.