-
Hidup Bagai Kincir Angin
Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]
-
Beruntunglah Orang Yang Asing
Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]
-
Baiti Jannati
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]
- #
#
Wednesday, 31 October 2012
Realiti Sekolah
Kepandaian di sekolah rendah atau menengah adalah satu benda
yang subjektif.Kayu ukur sering digunakan untuk mengukur kepandaian adalah
melalui peperiksaan atau pun ujian. Bagi saya ujian atau peperiksaan masih lagi
relevan kerana ia adalah penialaian yang dapat kita lihat dengan mata kasar.
Sempat menjadi guru ganti di Ampang menggantikan guru yang
baru melahirkan anak. Di sini saya dapat melihat perbezaan sikap pelajar dengan
prestasi akademiknya.Pelajar-pelajar nakal dan bising amat cepat memahami
sesuatu perkara dan tangkas melakukan kerja sekolah. Berbanding dengan pelajar
yang baik dan diam serta tidak bising, mereka ini lambat untuk “menangkap” apa
yang diajar (maksudnya lambat faham) dan mereka ini agak perlahan dalam
melakukan kerja sekolah. Pelajar yang baik ini sangat rajin tetapi tak faham
yang sedang dibuatnya.
Pelajar yang nakal dan bising, otak mereka sebenarnya
berfungsi dengan cepat. Jadi, kalau jadi guru, jangan marah kepada pelajar
nakal dan bising. Mereka sebenarnya golongan yang cerdik, tetapi kenakalan dan
kecerdikan perlu dikawal dan diadun dengan sebaik mungkin. Pelajar yang baik dan diam dalam kelas adalah sangat rajin.
Rajin melulu tanpa kefahaman yang jelas adalah sangat rugi. Kerajinan mereka
perlu disertakan konsep pengajaran yang betul. Jadi peranan guru adalah sangat
penting untuk kenal pasti potensi pelajar yang baik. Kita taka da masalah dalam
mengawal pelajar yang baik ini, tetapi kita punyai masalah apabila untuk
memahamkan mereka.
Saya rasa amat rugi bagi pelajar yang bijak tetapi nakal
akhirnya terperangkap dengan masalah disiplin sekolah dan masyarakat.
Kecerdikan mereka perlu diasah dengan baik. Bagi saya, perlu ada sistem yang
baik dalam mengawal pelajar-pelajar yang cerdik tetapi nakal ini.
Berdasarkan pemerhatian juga, pelajar lelaki peringkat
sekolah menengah cukup mahir dengan matematikl berbanding pelajar perempuan.
Berdasarkan penialian markah, pelajar lelaki mendapat yang tinggi berbanding
pelajar perempuan. Malangnya kebanyakkan kepandaian tidak diteruskan dengan
sebaiknya yang mana pelajar perempuan akan mendahului lelaki dalam kemasukan ke
university.
Secara peribadi, saya lebih suka mengajar pelajar yang baik
dan diam, tapi akhirnya saya kurang berpuas hati apabila mereka kurang faham
tentang apa yang diajar. Sebaliknya untuk mengajar dan memahamkan dengan cepat,
saya lebih suka pelajar yang bising dan nakal, sebab mereka cepat tangkap
tentang apa yang diajar. Tapi menjadi walau guru ganti sekalipun, tidak boleh memilih
bulu untuk mengajar. Apa yang penting benda yang diajar itu difahami. Ini adalah pandangan dari satu sudut sekolah, mungkin ada
pandangan yang berbeza kalau di sekolah yang berbeza.
Tuesday, 30 October 2012
Konvo Depan Tuhan
Konvokesyen Universiti |
Semua orang akan
gembira apabila sudah tamat pengajian di university. Mereka akan melalui
proses terakhir iaitu majlis pengijazahan. Itulah masa untuk mengetahui tahap
kehebatan masing-masing. Begitulah dengan sekalian manusia akan berkonvo di padang
mahsyar dan akan dapat ijazah masing-masing. Semasa bergraduasi di di dunia, kita akan dipakaikan dengan
jubbah dan topi tetapi semasa konvo di akhirat manusia akan bertelanjang bulat.
Tatkala bergraduasi di university kita akan menerima ijazah
oleh pengurusan tertinggi iaitu cancelor, naib cancelor dan timbalan naib
cancelor. Namun di akhirat kita juga menerima ijazah dari ALLAH, Tuhan Yang
Maha Tinggi. Semasa di akhirat nanti, kita akan menerima ijazah suratan amalan melalui
tangan kiri atau tangan kanan. Kalau melaui tangan kanan, maka balasannya
tentulah syurga tapi jikalau ijazah yang diterima itu melalui tangan kiri, maka balasannya tentulah neraka.
Kalau konvo di dunia terdapat pelbagai seperti Anugerah
Diraja, Anugerah Tun Razak dan banyak lagi anugerah. Tapi di akhirat terdapat
juga pelbagai anugerah bergantung kepada amalan kita. Lagi baik amalan, lagi
tinggi anugerah. Ada juga yang mendapat anugerah yang biasa-biasa saja.
Konvo dunia pun sudah, tunggu konvo akhirat pulak mcm mn.
Jom Audit Diri.