Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Wednesday, 31 October 2012

Realiti Sekolah

Posted by HILMI RAMLI On 20:21 No comments

Kepandaian di sekolah rendah atau menengah adalah satu benda yang subjektif.Kayu ukur sering digunakan untuk mengukur kepandaian adalah melalui peperiksaan atau pun ujian. Bagi saya ujian atau peperiksaan masih lagi relevan kerana ia adalah penialaian yang dapat kita lihat dengan mata kasar.

Sempat menjadi guru ganti di Ampang menggantikan guru yang baru melahirkan anak. Di sini saya dapat melihat perbezaan sikap pelajar dengan prestasi akademiknya.Pelajar-pelajar nakal dan bising amat cepat memahami sesuatu perkara dan tangkas melakukan kerja sekolah. Berbanding dengan pelajar yang baik dan diam serta tidak bising, mereka ini lambat untuk “menangkap” apa yang diajar (maksudnya lambat faham) dan mereka ini agak perlahan dalam melakukan kerja sekolah. Pelajar yang baik ini sangat rajin tetapi tak faham yang sedang dibuatnya.

Pelajar yang nakal dan bising, otak mereka sebenarnya berfungsi dengan cepat. Jadi, kalau jadi guru, jangan marah kepada pelajar nakal dan bising. Mereka sebenarnya golongan yang cerdik, tetapi kenakalan dan kecerdikan perlu dikawal dan diadun dengan sebaik mungkin. Pelajar yang baik dan diam dalam kelas adalah sangat rajin. Rajin melulu tanpa kefahaman yang jelas adalah sangat rugi. Kerajinan mereka perlu disertakan konsep pengajaran yang betul. Jadi peranan guru adalah sangat penting untuk kenal pasti potensi pelajar yang baik. Kita taka da masalah dalam mengawal pelajar yang baik ini, tetapi kita punyai masalah apabila untuk memahamkan mereka.

Saya rasa amat rugi bagi pelajar yang bijak tetapi nakal akhirnya terperangkap dengan masalah disiplin sekolah dan masyarakat. Kecerdikan mereka perlu diasah dengan baik. Bagi saya, perlu ada sistem yang baik dalam mengawal pelajar-pelajar yang cerdik tetapi nakal ini.

Berdasarkan pemerhatian juga, pelajar lelaki peringkat sekolah menengah cukup mahir dengan matematikl berbanding pelajar perempuan. Berdasarkan penialian markah, pelajar lelaki mendapat yang tinggi berbanding pelajar perempuan. Malangnya kebanyakkan kepandaian tidak diteruskan dengan sebaiknya yang mana pelajar perempuan akan mendahului lelaki dalam kemasukan ke university.

Secara peribadi, saya lebih suka mengajar pelajar yang baik dan diam, tapi akhirnya saya kurang berpuas hati apabila mereka kurang faham tentang apa yang diajar. Sebaliknya untuk mengajar dan memahamkan dengan cepat, saya lebih suka pelajar yang bising dan nakal, sebab mereka cepat tangkap tentang apa yang diajar. Tapi menjadi walau guru ganti sekalipun, tidak boleh memilih bulu untuk mengajar. Apa yang penting benda yang diajar itu difahami. Ini adalah pandangan dari satu sudut sekolah, mungkin ada pandangan yang berbeza kalau di sekolah yang berbeza.

0 comments:

Post a Comment