Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Tuesday 12 February 2013

Kelahiran Khalifah Umar Abdul Aziz

Posted by HILMI RAMLI On 20:03 No comments


Gambar Hiasan: Susu
Ada riwayat mengenai Umar al-Khattab sewaktu pemerintahannya, dia pernah berjalan malam untuk memerhatikan  keperluan rakyatnya. Ada suatu kisah dimana Umar terdengar seorang anak perempuan berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air ke dalam susu. Anak itu melarang ibunya daripada melakukan perbuatan itu kerana Saidina Umar al-Khattab tidak membenarkan perbuatan mencampurkan air kedalam susu.

Ibunya cuba mempertahankan perbuatannya dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka di penghujung malam. Namun anak perempuan dengan pendiriannya dengan menegaskan, sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu, tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka kerjakan.

Umar tertarik dengan kata-kata anak perempuan itu. Sekalipun Umar tidak melihatnya dengan jelas, apa lagi mengenalinya, namun Umar vakin anak itu memiliki peribadi yang mulia. Umar mencadangkan kepada anaknya  ‘Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh. Hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu 'As‘im yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz Bin Marwan, daripada perkawinan mereka inilah lahirnya Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bagi yang masih bujang, carilah orang yang boleh melahirkan zuriat kita yang baik. Mana tahu hasil perkongsian hidup mampu melahirkan keturunan yang hebat. Contohnya daripada Khalifah Umar al-Khattab lahirnya benih yang baik seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

0 comments:

Post a Comment