Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Wednesday 3 April 2013

Perang Khandaq

Posted by HILMI RAMLI On 21:52 No comments

Rasullullah turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat bersama para sahabat walaupun dalam keadaan sangat lapar. Baginda sedar bahawa sahabat-sahabat juga dalam keadaan yang lapar. Baginda tidak rela hati membiarkan sahabat melakukan kerja tanpa memberkan kerjasama.

Rasullullah mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.

Saidina Jabir terpandang ketulan batu yang dibalut dengan kain terikat pada perut baginda. Jabir tahu bahawa Rasullullah sangat lapar. Jabir segera pulang dan berbincang dengan isterinya bagi menyediakan makanan untuk Rasullulah.

Isteri Jabir hanya mampu menyediakan sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil la
gi kurus. Cukuplah untuk menjamu Rasullullah dan beberapa orang sahabat. Rasullullah ketika dipelawa untuk menikmati hidangan oleh Saidina Jabir, bertanya sekadar mana makanan yang disediakan oleh isteri Saidina Jabir.

Setelah memberitahu kadar makanan yang disediakan, Rasullullah menyuruh Saidina Jabir pulang memberitahu isterinya supaya membiarkan makanan yang masih belum terhidangitu, kerana baginda sendiri yang akan menghidangkan makanan tersebut.

Sebelum Jabir pulang, Rasullullah membuat pengumuman kepada ribuan para sahabat yang bertugas di medan Khandaq, supaya pergi ke rumah Jabir untuk menikmati jamuan. Biarkan makanan yang disediakan sedikit, namun baginda tidak mengecualikan walau seorang sahabat sahabat pun daripada menyertai baginda kerumah Jabir.

Allah telah mendatangkan keberkatan daripada makanan yang sedikit itu hingga cukup dimakan oleh ribuan ahli medan Khandaq, hingga para sahabat seluruhnya merasa cukup kenyang dengan makanan yang sedikit itu.

0 comments:

Post a Comment