Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Thursday 4 April 2013

Masjid Dhirar

Posted by HILMI RAMLI On 19:50 No comments

Tapak masjid Dhirar
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah, ada seorang lelaki suku khazraj dipanggil Abu Amir ar-Rahib. Dia berasal dari agama Nasrani pada zaman Jahilliyyah dan membaca kitab suci Ahli Kitab. Dia termasuk dalam kalangan ahli ibadah pada zaman Jahilliyyah dan memiliki kedudukan dalam suku Khazraj.

Selepas Rasullullah berhijrah ke Madinah dan semua kaum muslimin bersatu dibawah pimpinan baginda, maka Islam pun memiliki kekuatan setelah Allah menangkan mereka sewaktu Perang Badar. Melihat keadaan itu, Amir merasa kedudukannya telah terjejas dan dia mula menunjukkan permusuhan. Dia mula berkomplot dengan kafir Quraisy untuk memerangi Rasullullah.

Setelah selesai perang Uhud, dia melihat agama Rasullullah semakin terkenal, maka Amir pun pergi berjumpa dengan Heraculis, raja Romawi ketika itu untuk meminta bantuan memerangi Rasullullah. Heraculis berjanji untuk memberikan pasukan memerangi Rasullullah sehingga Amir boleh berkuasa semula.

Seterusnya Heraculis memerintahkan Amir supaya membuat satu tempat yang meletakkan utusan Heraculis. Selain itu, tempat itu juga akan berfungsi sebagai pusat pengintipan. Maka Amir dan kumpulannya membina masjid berdekatan Masjid Quba' Mereka mampu menyiapkan masjid tersebut  sebelum Rasullullah berangkat ke Perang Tabuk.

Mereka meminta kepada Rasullullah solat dan mendoakan keberkatan untuk mereka di masjid mereka. Hal ini mereka lakukan kerana jika Rasullullah solat di masjid mereka, menunjukkan bahawa Rasullullah telah mengakui dan mengiktiraf masjid tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa pembinaan bangunan itu adalah untuk orang-orang lemah yang mengalami kesulitan di musim sejuk.

 Akan tetapi ALLAH telah melindungi Rasullullah daripada bersolat di masjid mereka. Rasullullah menolak untuk solat di masjid mereka dan terus ke medan Tabuk. 

Ketika Rasullullah pulang dari Tabuk menuju ke Madinah, Malaikat Jibril turun membawa wahyu kepada Rasullullah tentang masjid Dhirar serta tujuan mereka membinanya yakni berupa kekufuran dan memecah belahkan kaum muslimin di Masjid Quba, yang masjid didirikan diatas asas ketaqwaan. 

Akhirnya, Rasullullah mengutuskan pasukan ke masjid yang didirikan oleh Amir bagi menghancurkannya, sebelum Rasullullah sampai ke Madinah.

0 comments:

Post a Comment