Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Saturday 31 August 2013

Adakah kaum China bakal mengetuai kebangkitan Islam?

Posted by HILMI RAMLI On 04:04 No comments

Gambar Hiasan.
Saya amat tertarik dengan orang Cina bekerja. Mereka sangat professional dalam melakukan kerja. Dan Di Malaysia, mereka telah mengusai ekonomi.Dalam satu hadis, Nabi Muhammad juga pernah menyatakan supaya pergilah belajar sampai ke negeri China. Jadi, apa istimewanya negara dan kaum China ini? Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad menyentuh mengenai kebangkitan Islam di Timur. Ini bererti kepimpinan Islam mungkin akan beralih ke arah negara dan bangsa yang tinggal di timur.(kalau x betul sila betulkan).  Pada pandangan peribadi, negara dan bangsa terunggul pada masa sekarang di Asia ialah Cina, Jepun dan Korea. Adakah China dan dua negara lain akan mengetuai kebangkitan Islam? Tapi fokus perbincangannya kali ini adalah tentang kaum Cina yang berada di Malaysia. 

Di Malaysia, kaum Cina masih lagi kurang menganut Islam. Mengapa begitu? Hal ini disebabkan kerana Islam sering dikaitkan dengan agama orang Melayu. Sesiapa yang masuk Islam dikatakan masuk Melayu. Disebabkan itu, orang Cina kurang berminat untuk menganut agama Islam dan menentang sesiapa yang berbuat demikian. Hal ini berlaku kerana Islam dianggap dianggap sebagai agama sendirian berhad yang menjadi milik eksklusif bagi orang Melayu.

Bagi orang Cina pula, budaya lebih dititikberatkan daripada kehidupan beragama. Jadi penolakan orang Cina terhadap Islam bukan disebabkan oleh intipati Islam tetapi kebimbangan mereka tidak boleh lagi mengamalkan budaya mereka apabila mereka memeluk Islam. Ketakutan itu masih bersarang dalam pemikiran mereka sampai hari ini. Orang Cina tentu tidak akan menolak Islam jika mereka tahu mereka dibenarkan mengamalkan budaya leluhur Islam.

Halangan yang paling besar untuk orang Cina memeluk Islam datang dari sikap umat Islam sendiri yang memandang rendah dan hina kepada orang bukan Islam. Umat Islam ada kalanya menggunakan perkataan yang tidak enak didenngar oleh masyarakat non-muslim. Orang Cina umpanya diberikan label negatif kerana memakan daging babi dan memuja berhala. Ada pula yang langsung tidak mahu bercampur dan bersentuhan dengan orang Cina kerana khuatir dicemari dengan najis babi. Apabila ada orang Cina yang meninggal dunia tidak disebut mati tetapi mampus. Hal ini menyebabkan orang Cina semakin jauh dengan Islam disebabkan sikap umat Islam sendiri.

Perkara-perkara yang diutarakan mungkin tidak dilihat sebagai serius oleh umat Islam, tetapi sangat mengguris hati dan perasaan untuk kaum lain.

Islam tidak pernah mengenal erti persempandanan negara, bangsa, agama, budaya, kaum, ras dan warna kulit. Dalam Islam sesiapa sahaja boleh menjadi orang yang mulia disisi ALLAH, jika dia menjadi orang yang paling bertaqwa. Ayat itu tidak menyebut tentang bangsa, keturunan dan jantina. Apabila dapat ditonjolkan sedemikian rupa, ia sudah tentunya diterima oleh orang Cina kerana sejajar dengan fitrah mereka.

Adakah kaum China bakal mengetuai kebangkitan Islam? 


0 comments:

Post a Comment