Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

  • Hidup Bagai Kincir Angin

    Jangan hanya menjadi seperti kincir angin yang hanya menunggu angin untuk berfungsi. Tapi jadilah seperti angin yang membawa berita gembira.[...]

  • Beruntunglah Orang Yang Asing

    Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)[...]

  • Baiti Jannati

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)[...]

  • #

    #

Sunday, 14 August 2011

Syabas kepada Irma Hasmie

Posted by HILMI RAMLI On 10:52 No comments

Gambar Hiasan: Wardina & Irma
Kita seing melatah apabila seseorang artis atau seleberiti berubah kearah kebaikan. Antara komen yang sering kita dengar ialah,"alaa esok lusa buka baliklah tudung tu..." atau yang lebih teruk lagi " cehh,,pakai tudung untuk publisiti semata-mata,,,berapa hari dia nak pakai,,,dunia artis biasalah".
Ini antara contoh komen yang selalu kita dengar. Kita sering menutup ruang untuk mereka kembali kearah kebaikan. Kita juga sering menjadi penghukum kepada orang lain. Hal ini menyebabkan mereka semakin jauh dengan Islam. Mereka mungkin lebih baik daripada kita jika mereka dah berubah. Siapa sangka?

Saya amat suka mewujudkan kolompok artis dalam bentuk satu halakah atau kelompok usrah. Bagaimana mengIslam atau menghijaukan dunia seni dan hiburan negara ini. Pendekatan ini dibuat oleh Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia hingga akhirnya melahirkan banyak sinitron Islami, program seni dan hiburan yang lebih bersifat kehijauan dan Islam.
Dikalangan selebriti dan artis terdapat beberapa ketagori yang boleh diberikan kepada mereka iaitu golongan yang tidak mengambil kisah apa yang sedang berlaku dan akan berlaku di dalam negara pada masa akan datang. Apa yang penting bagi mereka ialah kehidupan mereka pada masa sekarang.Selain itu, golongan kedua pula ialah, mereka yang tidak menyokong mana-mana pihak, dan berpandangan siapa sahaja yang mentadbir negara ini adalah sama sahaja. Manakala  golongan yang ketiga pula ialah, dikalangan mereka yang berpendirian dan berpengatahuan sebagaimana Bob Lokman, yang telah mempunyai asas agama.
Gambar Hiasan: Bob Lokman

Sebagai pendakwah pula, kita juga diminta supaya tidak bersikap eklusif Yang hanya duduk di kelompok tertentu sahaja tanpa memikirkan untuk menarik minat orang ramai khususnya golongan belia untuk terlibat sama.Di luar sana masih terdapat anak-anak muda yang tidak mempunyai arah tuju yang jelas dalam kehidupan mereka, cuba dekati mereka dengan pelbagai program yang boleh menarik minat anak-anak muda supaya mereka tidak terus lalai perkara-perkara yang tidak baik.

Akhir sekali, kepada Irma Hasmie teruskan nawaitu baik anda, buka nawaitu lagi,malah anda telah lakukan. Syabas dan diharapkan ramai artis lain terdedah mengikuti jejak langkah Irma dan artis-artis wanita yang bertudung lain. 

Wednesday, 10 August 2011

34 Tahun Menerjang Badai, ISIUKM Komited Mendukung Islam

Posted by HILMI RAMLI On 03:07 No comments

Tanggal 9 Ogos 2011, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) telah genap bertapak di bumi UKM selama 34 tahun. Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi kekuatan buat badan dakwah induk ini untuk terus menerajui mahasiswa yang cintakan Islam di UKM dan menjadi platform utama kepada mahasiswa Islam untuk bergerak menegakkan syiar agama yang dicintai selama 34 tahun.

34 tahun ISIUKM bertapak di bumi ilmu UKM, bukan sedikit ranjau dan duri yang diterjang bagi memastikan badan dakwah ini terus bernyawa dan subur menapak dalam kalangan mahasiswa UKM. 

Dengan misi mahu menjadikan Islam sebagai ad-deen atau cara hidup di bumi UKM, ISIUKM bertekad akan terus komited membawa suara Islam dan menjadi saluran utama buat mahasiswa Islam menggembleng tenaga ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Sejarah 34 tahun bertapak di UKM, menjadikan ISIUKM membesar dan matang setelah mengalami beberapa kali jatuh bangun dan turut berperanan dalam mencorak warna sejarah kebangkitan mahasiswa era 70-an sehingga kini. 

Ikatan Studi Islam UKM ditubuhkan pada 9  Ogos 1977 oleh sekumpulan mahasiswa UKM yang datang dari pelbagai fakulti pengajian UKM. Bermula dari saat itu, ISIUKM sudah tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berusaha mencorakkan mahasiswa dan mengembangkan pengaruhnya sehingga wujudnya branch ISIUKM di setiap kolej kediaman yang dikenali sebagai myISIUKM.

Kejayaan dan kejatuhan silih berganti, pengalaman manis dan pahit sepanjang tempoh 34 tahun telah menjadikan ISIUKM terus kuat dan komited terhadap cita-cita yang dibawa selama ini.

Sejarah ISIUKM pasti tidak akan lupa, bagaimana badan dakwah ini pernah difitnah oleh sesetengah individu sehingga namanya meniti di peringkat antarabangsa. Malah ISIUKM turut pernah berdepan dengan ancaman pengharaman oleh pihak pentadbiran akibat kepentingan sesetengah pihak, namun kebijaksanaan kepimpinan ISIUKM dalam mendepani segala ranjau ini telah menyebabkan persatuan Islam ini terus bertahan di perbukitan ilmu sehingga ke hari ini. 

ISIUKM telah berdiri di atas 3 pasak utama iaitu tarbiyyah, dakwah dan siyasah. Asas-asas ini tidak pernah diabaikan oleh generasi demi generasi kepimpinan ISIUKM bermula tahun 1977 sehingga kini. Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh ISIUKM pasti akan merangkumi 3 asas utama ini sebagai tanda aras keberjayaan sesuatu pogram.

Dalam hal tarbiyyah, selama 34 tahun ISIUKM terus komited menjadikan asas ini sebagai tunjang utama melalui kegiatan usrah secara konsistn di setiap peringlat sama ada kolej atau fakulti. Program usrah yang diatur melalui badan dakwah ini telah disistemkan dengan sebuah sistem usrah yang lengkap serta merangkumi silibus yang mencakupi seluruh aspek kehidupan sebagai seorang mahasiswa Islam.

Begitu juga dalam pelaksanaan asas dakwah, ISIUKM tidak pernah lupa menjadikan dakwah sebagai target utama dalam setiap program yang dijalankan. Sejarah 34 tahun ISIUKM bertapak di bumi UKM, dakwah ISIUKM telah sampai sehingga ke bumi Sabah dan Sarawak malah turut menembusi sehingga ke bumi Kemboja.

Kerjasama dan jaringan yang baik dengan badan-badan dakwah yang lain telah menjadikan ISIUKM terus belajar untuk survival pada masa akan datang dan meningkatkan keberkesanan dakwah ISIUKM dalam kalangan mayarakat kampus.

Dalam hal siyasah, sejarah membuktikan ISIUKM adalah antara kilang penghasilan pemimpin yang begitu ramai tidak kira dalam kalangan mahasiswa ataupun pimpinan masyarakat pada masa kini. Justeru, ISIUKM terus berazam untuk menerapkan professionalisme dalam setiap gerak kerja dan urus tadbir yang dibuat dan menjadi medan latihan terbaik buat setiap ahli ISIUKM melatihkan sifat kepimpinan mereka dalam segenap segi.

Kini, 2011 menyaksikan ISIUKM terus berkembang dalam pelbagai segi termasuklah jumlah keahlian, pelaksanaan program dan pelbagai lagi. Kami di peringkat kepimpinan Ikatan Studi Islam UKM mngucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga kampus yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap badan dakwah ini sepanajang keberadaannya di bumi UKM.

Kami sekali lagi bertekad, akan terus komited mendukung Islam sebagai wadah perjuangan ISIUKM di perbukitan ilmu ini. Sokongan dan bantuan dari seluruh warga kampus UKM adalah amat-amat diharapkan untuk kami terus mengorak langkah mencorakkan mahasiswa UKM ke arah eperti yang tercatat dalam lembaran visi dan misi kami.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah" 

Muhammad Hafizan bin Abdul Hamid
Presiden
Ikatan Studi Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Wednesday, 3 August 2011

Sun Tzu dengan The Art of War

Posted by HILMI RAMLI On 21:52 No comments

Penilaian Awal
Sebelum Memenangi Petempuran, Mulakan dengan Merancang
Lima Faktor & Tujuh Perkiraan

Lima Faktor
Seorang Jeneral hanya dapat memenangi peperangan sekiranya dia mempunyai pemahaman yang baik ke atas lima factor, iaitu Doktrin, Cuaca, MUka Bumi, Komander dan Undang-undang.

  1)      Doktrin
Doktrin bermakna politik. Raja dan rakyat perlu berkongsi aspirasi yang sama. Sekiranya kerajaan dan rakyat mempunyi aspirasi berbeza, kejayaan memang tidak dapat dicapai. Oleh itu kerajaan perlu memahamkan rakyat tentan aspirasi kerajaan

2)     Cuaca
Cuaca brmakna waktu malam ataupun siang, mendung ataupun panas terik, sejuk membeku ataupun panas membanang  serta musim bunga, panas, sejuk, dan luruh.

3)      Muka Bumi
Muka bumi bermakna dan tanah tinggi ataupun rendah; lokasi ataupun dekat ataupun jauh; tempat berbahaya ataupun rata; kawasan lapang ataupun sempit; kawasan yang member kelebihan ataupun dihujung tanduk.

4)      Komander
Komander bermakna seorang komander yang bijaksana dan berkemampuan adalah factor penting dalam menentukan kesudahan sesebuah peperangan. Seorang komander sepatutnya mempunyai lima nilai berikut; bijaksana, integrity, ihsan, berani dan disiplin.

Ø  Bijaksana:  seorang komander pertam sekali perlu bijak dan panjang akal. Seseorang itutidak layak menjadi komander sekiranya tidak mempunyai pengalman perang yang banya, latihan ketenteraan yang bagus, keupayan analitis yang komprehensif dan visi yang jauh.

Ø  Integriti: Seorang Jeneral perlusentiasa mengotakan janjinya apabila member ganjaran ataupun melaksanakan hukuman. Jangan sesekali mengikut hawa nafsu dan tidak bertanggungjawab.

Ø  Ihsan: mengambil berat mengenai askar dan orang bawahan. Jangan sombong ataupun tidak mengendahkan mereka.

Ø  Berani: Jadilah seorang komander yang berani dan yakin sebagai contoh kepada bala tentera. Komander yang takut-takut dan pengecut sudah pasti kalah.

Ø  Disiplin: Laksanakan peraturan tentera dengan  ketat bagi menghasilkan tahap disiplin yang tinggi. Bala tentera yang cuai dan lembik tidak mempunyai kemampuan petempuran petempuran yang tinggi.

5)      Undang_undang
Peraturan dan arahan yang terpakai bagi latihan ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan persenjataan.


*Bagi tajuk tujuh pengiraan Sun Tzu tunggu post yang seterusnya…Bye 

Tuesday, 2 August 2011

Soal Rasa,,,,Lidah Tak boleh Bohong

Posted by HILMI RAMLI On 07:40 3 comments


Gambar Hiasan: Donut Alaf Baru
Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?
Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Gambar Hiasan: Ayam Goreng
Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.
Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.
Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:
"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."