Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Monday 30 July 2012

Ikrimah Bin Abu Jahal

Posted by HILMI RAMLI On 07:51 No comments

Sewaktu pembukaan Kota Mekah, Ikrimah merupakan orang yang diwajibkan dibunuh oleh Rasullullah. Ikrimah juga merupakan anak kepada Abu Jahal yang juga penentang hebat kepada Islam. Ikrimah merupakan musuh Islam ketika dahulunya. dia telah membunuh ramai orang Islam dalam peperangan. Ikrimah telah melarikan diri ke Yaman kerana dia termasuk dalam golongan yang wajib dibunuh ketika pembukaan kota Mekah.

Isterinya yang masih setia iaitu  Ummu Jamil berusaha untuk mengajak suaminya masuk Islam. Ummu Jamil berusaha pergi ke Yaman ditemani oleh pembantunya untuk memujuk suaminya. Dalam perjalanan pembantunya ingin memperkosa Ummu Jamil. Ummu Jamil memang seorang yang cantik. Ummu Jamil pandai berhelah dan apabila sampai ke Yaman, dia terus memberitahu suaminya tentang pembantunya yang ingin memperkosanya. Lalu Ikrimah pun membunuhnya.

Ummu Jamil telah mampu memujuk suaminya supaya masuk Islam dengan mengatakan bahawa Rasullullah telah mengampunkan dosanya. Terharu dengan pengampunan Rasullullah itu, Ikrimah bersetuju untuk pulang ke Mekah bagi menyertai agama Islam bersama Rasullullah. Ikrimah telah berjanji dengan Rasullullah untuk berjuang habis-habisan bagi menebus dosanya yang membunuh ramai orang Islam ketika memerangi orang Islam.

Ketika perang Yarmouk dia merupaka orang yang telah syahid di medan perang. Ketika luka parah terdapat tiga orang sahabat yang sedang nazak iaitu Al-Harits bin Hisyam, Ayyasy bin Abi Rabiah dan termasuk Ikrimah bin Abu Jahal. Al-Harits meminta air untuk diminum. Ketika air didekatkan ke mulutnya, ia melihat Ikrimah dalam keadaan yang sama seperti yang dialaminya. Lalu Al-Harits berkata, "Berikan dahulu air ini kepada Ikrimah!". 

Ketika air didekatkan ke mulut Ikrimah, ia melihat Ayyasy memandang kearahnya. Melihat keadaan Ayyash, Ikrimah berkata, "Berikan dahulu air ini kepada Ayyasy!". Ketika air minum didekatkan ke mulut Ayyasy, dia telah meningga. Orang yang membawa air minum segera kembali kepada Al-Harits dan Ikrimah, namun keduanya turut meninggal dunia.

Itulah saat akhir hidup Ikrimah bin Abi Jahal yang mati syahid walaupun pada awalnya seorang yang kafir memerangi Islam. Namun, hidayah ALLAH yang amat mahal sampai kepadanya. Marilah kita bersama-sam berdoa agar pengakhiran hidup kita diakhirkan dengan kesudahan yang baik.

0 comments:

Post a Comment