Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Tuesday 31 July 2012

Saidina Umar al-Khattab

Posted by HILMI RAMLI On 22:01 No comments

Saidina Umar merupakan tokoh yang digeruni oleh masyarakat Jahilliah. Umar merupakan orang yang gagah dan berani. Umar mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah apabila Umar melalui satu lorong, lorong itu tidak akan dilalui lagi oleh para syaitan. Sebelum Islam dia dikerimuni oleh syaitan, apabila mendapat cahaya Islam, syaitan takut menghampirinya.

Apabila Islamnya Umar, maka Islam makin bertambah kuat. Umat Islam tidak lagi dizalimi malah boleh keluar bersembayang secara terang-terangan. Apabila hendak berhijrah, Umar mengumumkan pemergian secara terang-terangan kepada orang ramai. Siapa yang nak melihat isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim dipersilakan untuk menghalangnya. Namun tiada siapa yang berani menghalangnya.

Dalam sirah banyak pendapat Umar yang benar yang diterima. Salah satunya apabila selesai perang badar apabila terdapat tawanan. Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya tawanan itu dibebaskan dengan wang tebusan dan mengajar anak-anak orang Islam apa ilmu yang mereka ada. Manakala Saidina Umar pula mencadangkan supaya semua tawanan itu dipancung kepala mereka. 

Nabi Muhammad lebih cenderung kepada pendapat Saidina Abu Bakar supaya tawanan itu dibayar dengan wang tebusan. Selepas pada itu, ALLAH telah menurunkan ayat membenarkan pendapat Saidina Umar supaya memancung kepala semua tawanan. Penulis bukannya nak ketengahkan perbezaan pendapat antara Saidina Abu Bakar dan Umar tapi ingin menghighlightkan kehebatan pendapat Umar. Namun Rasullullah tetap meraikan kedua pendapat dengan baik. Walaupun pendapat Umar ditolak tapi Umar sedikit pun tidak bersedih.

Satu lagi peristiwa ialah ketika ketika hendak solat jenazah kepada Abdullah Bin Ubai, Ketua Munafik pada ketika itu. Saidina Umar amat tidak bersetuju ketika Rasullullah hendak mensolat jenazahkan Abdullah bin Ubai. Selepas Rasullullah selesai solat jenazah, turunlah ayat yang membenarkan pendapat Umar supaya tidak disolatkan jenazah Abdullah bin Ubai. Itulah kelebihan yang ada pada Saidina Umar. 

Nabi Muhammad pernah berkata kalau ditaqdirkan ada nabi selepas aku, maka Umarlah yang layak. Umar juga amat menyayangi Rasullullah. Umar merupakan orang yang tidak percaya dengan kematian Nabi Muhammad. Umar mengamuk jikalau ada orang yang mengatakan Rasullullah wafat. Namun dia telah ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar. 

Umar merupakan watak yang penting dalam mengembangkan Islam. Penulis cuma mengulang kembali post yang menceritakan Pentingnya Watak Saidina Umar Dalam Perjuangan. Perlunya watak tegas, pemikiran kritikal dan istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayat. Tidak dinafikan juga watak-watak yang lain yang memberikan sumbangan kepada Islam. Semua watak adalah penting. Cuma penulis lebih cenderung dengan watak yang dimainkan oleh Saidina Umar yang sangat unik.




0 comments:

Post a Comment