Semalam menyaksikan harga gula meningkat 20sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei.
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6 juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain
Satu situasi kewangan yang tidak seimbang berlaku pada masa sekarang di mana suara golongan bawahan tidak dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Satu sistem kewangan yang tidak seimbang berlaku apabila berlaku kenaikan gaji penjawat awam yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Hal ini adalah satu kegembiraan bagi seluruh penjawat awam.Siapa yang tak mahu gaji meningkat.? Aku pun nak jugak?
Sementara itu, akibat daripada kenaikan harga gaji penjawat awam, pasaran tempatan terutama barang keperluan harian mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang keperluan harian seperti beras, gula, tepung, dan lain-lain.
Daripada sudutb lain, pihak ketiga menanggung akibat daripada kenaikan harga gaji dan seterusnya harga barang keperluan harian. Hal ini amat memberikan kesan kepada golongan yang ketiga ini yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah seperti petani, nelayan, peniaga kecilan. Ditambah pula dengan gaji mereka yang tak menentu dan terpaksa menanggung ahli keluarga yang ramai.Tiba-tiba, barang keperluan menjadi mahal dan gaji mereka tidak menentu.Wang merupakan suatu yang amat penting kepada mereka.
Hal ini merupakan satu kekurangan sewaktu berlaku pilihanraya. Rakyat di luar bandar yang sudah sekian lama menghadapi kehidupan yang merana dan kekurangan wang akan memilih parti yang tiba-tiba datang memberikan wang segera dari belakang pada waktu pilihanraya berbanding dengan parti lain. Golongan rakyat luar bandar dengan pandangan jangka pendek tertipu dengan wang segera yang diberikan. Sedangkan parti hanya memancing undi pada ketika itu. Sedangkan parti perlu memberikan bantuan sejak dari dulu lagi bukannya bukan ketika seperti anjing tersepit baru meminta sokongan dengan menabur wang dikampung-kampung.
Inilah situasi kewangan yang tidak stabil yang tidak nampak berlaku di negara kita. Jadi,,,bagaimana cara mengatasinya. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membangunkan seluruh kawasan tidak kira kawasan siapa samada kawasan kerajaan dan membangkang membangunkan negara dengan baik....,,
BALDATUN TAYYIBATUN WARABBUN GHAFUR...
1 comments:
tingkatkan prestasi...jd smua kna mningkat...
Post a Comment