Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Thursday 21 July 2011

Bagi Salah, Tak Bagi Pun Salah

Posted by HILMI RAMLI On 16:55 No comments

Erti memberi pada menerima
Selesai sahaja solat Jumaat di salah sebuah masjid di ibu kota, kelihatan beberapa orang kanak-kanak bergegas bangun. Mereka berkumpul di pintu masuk masjid. Kelihatan mereka sedang menerima arahan daripada seorang lelaki yang sudah agak berusia.

Benar seperti diduga. Kumpulan kanak-kanak ini membawa bekas plastik seumpama tabung bersegi empat yang lut sinar dan sekeping surat, lalu ditunjukkan kepada orang ramai lalu-lalang di hadapan mereka. Tanpa banyak soal, ada yang memasukkan duit ke dalam bekas tersebut, sebahagiannya lagi berlalu begitu sahaja.

Selesai tugas, mereka berkumpul dan menuju ke sebuah van yang menanti di luar perkarangan masjid. Menurut surat tersebut, mereka merupakan pelajar tahfiz di luar Lembah Klang yang mengutip derma untuk membiayai operasi pusat tahfiz mereka.

Tingkah-laku kanak-kanak menimbulkan banyak persoalan. Adakah mereka ini benar-benar pelajar tahfiz atau dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan? Mengapa pusat tahfiz tersebut harus mempergunakan pelajarnya untuk memungut derma? Tidak ada jalan lainkah yang boleh dilakukan jika pusat tahfiz itu benar-benar memerlukan bantuan kewangan?

Bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi ini tentunya berasa serba salah. Tidak menghulur salah, menghulur pun salah. Lebih-lebih lagi apabila sumbangan derma sebegini membabitkan soal amal jariah. Soal saham akhirat.

Rata-rata umat Islam sedia maklum betapa besarnya balasan jika menolong meringankan beban orang yang memerlukan apatah lagi membantu pelajar tahfiz. Lantas, lazimnya kebanyakan orang tidak banyak soal untuk menghulurkan bantuan.

Namun, adakah sumbangkan itu benar-benar disalurkan ke tempat yang betul atau hanya masuk ke poket orang lain? Kebanyakan orang malas memikirkan hal ini. Mungkin ada yang beranggapan, apalah sangat nilainya RM1 sumbangan mereka. Namun, pernahkah mereka terfikir, dek kerana sikap rakyat Malaysia yang terlalu pemurah, hati mudah tersentuh, dan tidak banyak soal, menyebabkan kegiatan mengutip derma semakin bercambah walaupun sudah lama isu tersebut dibangkitkan dan dipersoalkan di media massa.

0 comments:

Post a Comment