Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Saturday 16 June 2012

Amazing KhutbaH: Islam Will Win- Syeikh Abdullah Janabi

Posted by HILMI RAMLI On 02:33 2 comments



Kejadian ini berlaku pada tahun 2004. Syeikh Abdullah Janabi merupakan Ketua Mujahidin di Fallujah, Iraq. Tempat Markas mereka dibocorkan oleh orang Islam kepada tentera Amerika. Tentera Amerika datang serang dan tangkap Syeikh Abdullah al- Janabi. Beliau dipenjarakan bersama tentera mujahidin yang lain. Dalam penjara itu terdapat juga Ulama yang ditangkap. Ulama dilondehkan pakaian oleh Tentera Wanita Amerika

Tidak tahan melihat kejadian berlaku depan mata dalam penjara, ulama dilondehkan pakaian satu persatu oleh tentera wanita amerika. Syeikh Abdullah Janabi melaungkan Takbir ALLAHHUAKBAR hingga orang lain yang berada dalam penjara mengikutnya dan bergema satu penjara hingga menarik orang sekeliling datang turut bertakbir.

Tentera Amerika dengan segera menangkap Syeikh Abdullah Janabi dan menyuruh beliau menghentikan laungan takbir. Dia enggan menghentikan laungan takbir, akibatnya tentera Amerika memotong sebelah tangannya. Lantas buat kali ke-2, tentera Amerika memaksa supaya dihentikan laungan takbir. Tetapi tak diendahkan oleh Syeikh Abdullah Janabi. tentera Amerika memotong tangannya sebelah lagi menyebabkan dia kudung tangan kedua-duanya.

Dia dibiarkan ditepi jalan dalam keadaan pengsan. ALLAH masih sayangkannya lagi. Dia kemudiannya diambil oleh orang kampung. Walaupun dalam keadaan kudung kedua tangannya, dia mampu untuk memimpin gerakan dengan meniupkan semangat jihad kepada anak-anak muda yang ada.

Lalu beliau ditangkap buat kali ke-3, tentera Amerika memotong kedua kakinya. Lantas, anak-anak muridnya dalam kalangan mujahidin mengatur strategi menyerang kem tahanan yang menempatkan Syeikh Abdullah Janabi. Sebanyak 200 orang gugur syahid, tetapi Syeikh Abdullah Janabi berjaya diselamatkan.

Setelah itu, Tentera Amerika dengan sekutunya Syiah mengarahkan masjid-masjid supaya tidak dilaungkan azan mahupun solat jemaah. Semangat jihad Syeikh Abdullah al-Janabi cukup kuat dan kental lantas menyeru semua puak Sunni untuk solat jumaat secara berjemaah di masjid setelah tiga hari dilarang berada di masjid.

Syeikh Abdullah al-Janabi dalam keadaannya tiada tangan dan kaki mengengsot untuk menyampaikan khutbah. Dalam khutbahnya ditiupkan semangat jihad. Apabila mendapat tahu bahawa Syeikh Abdullah al-Janabi memberi khutbah, lantas tentera Amerika mengepung masjid dengan kereta kebal dan helicopter berlegar-legar di bumbung masjid.

Setelah selesai solat, kebanyakkan jemaah menangis bagaikan lebah yang berkerumun semasa mengaminkan
doa. Setelah habis bacaan doa, tentera Amerika meluru untuk menangkap Syeikh Abdullah al-Janabi dan semua jemaah yang ada. Tentera Amerika mengepung Syeikh Abdullah AL-Janabi yang tiada tangan dan kaki. Dengan kuasa ALLAH, tiba-tiba Syeikh Abdullah Al-Janabi ghaib di tengah kepungan itu.

Hal ini menjadi satu tanda tanya keajaiban, ke mana menghilangnya Syeikh Abdullah Al-Janabi. Inilah satu karamah pertolongan ALLAH terhadap hambanya yang menolong agamanya. Hal ini menjadi satu peluang besar yang membuka hidayah ALLAH yang setelah kejadian itu tersebar di Eropah. Ramai penduduk di sana memeluk Islam.

-sedutan Khutbah Jumaat di Surau An- Nur, Bandar Baru Bangi.
-15/6/2012  


2 comments:

Allahu Rabbi! Meremang baca kisah ni.. Hebatnya pengorbanan beliau..

-sedutan Khutbah Jumaat di Surau An- Nur, Bandar Baru Bangi.
-15/6/2012

Post a Comment