Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Tuesday 5 June 2012

Tidur Lena

Posted by HILMI RAMLI On 09:19 No comments

Adakah ini benar?
Setelah selesai VIVA tadi, bukan bermakna saya dapat tidur lena. Masih ada final exam lagi lepas ni.Tetapi saya nak ceritakan kisah di zaman sahabat yang unik yang hanya melakukan amalan yang mudah dan simple, namun amat susah bagi orang lain, yang mana individu itu dapat memasuki syurga ALLAH. 

Memaafkan adalah refleksi dalam hati yang tak dapat digambarkan. Ia bermain dalam hati yang tak dapat dilihat.Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil... mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri! Itulah kelebihan orang yang pemaaf. Tidur pun lena, makan pun kenyang. Oleh itu, jadilah orang yang pemaaf.

Hrmmm,,,,Ceritanya macam ni, ketika di majlis ilmu Rasullullah S.A.W yang mengajar para sahabat. Tiba-tiba nabi berhenti "nanti di pintu ini akan masuk seorang sahabat yang akan masuk syurga". Lalu sahabat menumpukan mata di pintu untuk melihat siapa lelaki itu. Lelaki itu masuk dan solat dua rakaat.

Pada hari berikutnya, nabi memberitahu perkara yang sama juga kepada para sahabat. Namun lelaki yang sama tetap muncul. Begitulah jugak pada hari ketiga, nabi mengkhabarkan perkara yang sama bahawa lelaki yang sama itulah sebagai ahli syurga.

Lantas para sahabat tertanya-tanya, apakah amalan lelaki itu yang special sangat yang membolehkan dia masuk syurga ALLAH. Abdullah bin Umar memohon izin pada Rasullullah untuk menyelidiki amalan lelaki yang dijanjikan syurga padanya.

Pada malam pertama di rumah sahabat itu, Abdullah bin Umar tidak tidur hanya disebabkan untuk melihat apakah amalan yang istimewanya.Namun, tidak terlihat amalan istimewanya. Amalannya biasa sahaja, tidak banyak puasa sunat malah qiammullail pun kurang jika dibandingkan dengan Abdullah bin Umar.

Pada malam berikutnya, keadaannya juga sama, tidak terserlah amalan yang istimewa yang dilakukan oleh bakal ahli syurga itu. Setelah beberapa hari bermalam dirumah itu, lalu sahabat terus bertanya kepada lelaki itu.."aku dikhabarkan dari mulut Rasullullah sendiri sebanyak tiga kali bahawa tuan adalah ahli syurga tetapi tidak terlihat amalan yang hebat tuan lakukan melainkan yang biasa sahaja. Abdullah bin Umar menceritakan terus tujuan kedatangannya.."apakah rahsia tuan yangmenyebabkan tuan menjadi ahli syurga?? 

Lelaki itu menjawab " aku tidak melakukan kurang atau lebih amalan. Abdullah bn Umar berganjak hendak meninggalakan lelaki itu dan tiba-tiba lelaki itu memanggilnya semula dan dia berkata " tiada apa yang istimewa pada diriku. Demi ALLAH aku tidak pernah menyimpan perasaan dengki dan dendam pada sesipa pun..setiap malam sebelum tidur aku berdoa dan aku maafkan semua orang tanpa menyimpan perasaan dengki dan dendam.

Mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah bin Umar berkata inilah yang mengangkat darjat tuan hingga menjadi penghuni syurga seperti yang disabdakan Rasullullah. Oleh itu, saya berpesan pada diri saya dan teman-teman untuk memaafkan orang lain. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya mungkin ada tidak yang kena saya lakukan pada kalian semua dari umur saya masih kecil hinggalah sekarang. MAAFKANLAH.^_^

0 comments:

Post a Comment