![]() |
Gambar Hiasan: Susu |
Ibunya cuba mempertahankan perbuatannya dengan meyakinkan
anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka di penghujung malam. Namun
anak perempuan dengan pendiriannya dengan menegaskan, sekalipun Umar tidak
melihat perbuatan mereka itu, tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka
kerjakan.
Umar tertarik dengan kata-kata anak perempuan itu. Sekalipun
Umar tidak melihatnya dengan jelas, apa lagi mengenalinya, namun Umar vakin
anak itu memiliki peribadi yang mulia. Umar mencadangkan kepada anaknya ‘Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini
gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir
keturunan yang soleh. Hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu
'As‘im yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz Bin Marwan, daripada
perkawinan mereka inilah lahirnya Khalifah Umar Abdul Aziz.
Bagi yang masih bujang, carilah orang yang boleh melahirkan
zuriat kita yang baik. Mana tahu hasil perkongsian hidup mampu melahirkan
keturunan yang hebat. Contohnya daripada Khalifah Umar al-Khattab lahirnya
benih yang baik seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.
0 comments:
Post a Comment