Setelah tamat Perang Hunain dan sebelum meninggalkan medan perang, baginda telah membahagikan harta-harta rampasan perang. Baginda memutuskan untuk memberikan lebih banyak harta rampasan perang kepada penduduk Mekah yang baru sahaja memeluk Islam.
Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kaum Ansar, hingga timbul kata-kata kurang baik dibelakang Rasullullah. Kata mereka, "Apabila bertemu dengan kaum Quraisy, kita pula dilupakannya. Sedangkan darah musuh masih belum kering dari mata pedang kita".
Kata-kata kurang sopan itu akhirnya sampai ke pengetahuan Rasullullah, lalu baginda meminta supaya dihimpunkan khususnya semua kaum Ansar. Sabdanya, "Wahai golongan Ansar! apakah yang menyebabkan kamu berkata kurang sopan dibelakangku? Bukankah ketika aku datang kepadamu (di Madinah ), kamu semua dalam kesesatan, melalui aku Allah berikan kamu hidayah. Kamu dalam keadaan berpecah-belah, lantaran aku lalu Allah tautkan hati-hati kamu. Bahkan kamu semua dalam kemiskinan, dengannya lalu Allah memberikan kekayaan kepada kamu"
Kerana itu suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, lalu semua kaum Ansar berkata, "Benar ya Rasullullah."
Rasullullah bertanya kepada mereka, "Adakah kamu sedia menerima jika aku berkata sesuatu?"
"Bahkan kami semua bersedia menerima apa jua yang engkau hendak beri , ya Rasullullah," mereka menjawab.
"Demi Allah ketika aku tiba di Madinah dahulu, tidakkah kamu telah mendustakan aku?" baginda bertanya.
Memang benar kami mendustakan kamu, bagaimanapun akhirnya kami menerima ajaranmu. Kami dahulu dalam keadaan hina, namun akhirnya kami menjadi mulia kerana usahamu. Kami dahulu tidak tahu menguruskan rumah tangga, tetapi setelah menjadi pengikutmu akhirnya kami faham dan tahu mengatur kehidupan berkeluarga. Kami berterima kasih kepada Allah dan Rasul-Nya" jawab mereka.
Kemudian Rasullullah menceritakan perkara sebenar yang menjadi isu. baginda bersabda yang bermaksud ;
"Aku berikan harta rampasan perang kepada penduduk Mekah, semata-mata hendak memujuk hati mereka yang baru sahaja memeluk Islam. Sementara kaum Ansar pulang ke Madinah walaupun tanpa harta rampasan perang, tetapi mereka akan pulang bersama Nabi Allah."
Mana lebih baik pulang bersama Nabi Allah ataupun harta rampasan perang? Berada dengan Rasulullah adalah lebih istimewa berbanding dengan apa yang ada diatas muka bumi. Kerana Dia Rasullullah adalah insan yang sangat istimewa.
Semua kaum Ansar menitiskan air mata selepas mendengar penjelasan daripada Rasullullah. Mereka kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada baginda berhubung isu harta rampasan perang. Mereka sedar Rasullullah tidak menunjukkan ghairah untuk menetap di Mekah, walaupun sudah berada di kampung halaman sendiri. Sebaliknya baginda bersedia pulang bersama-sama kaum Ansar, bagi meneruskan peranannya sebagai Nabi dan Rasul Allah di negara Islam Madinah