Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Friday 4 March 2011

"Assalammualaikum..Dik..abg nak tanya ni..dah kawin?"

Posted by HILMI RAMLI On 10:56 No comments


Khas buat Minggu Muhasabah Cinta (MMC) Kolej Rahim Kajai, UKM

2 tangan anak muda itu seakan melekat. Erat sekali. Sesekali rambut panjang yang terurai menutup muka gadisnya itu, disela-sela dengan jarinya. Sayang benar dia pada wajah manis itu. Sekejab dipeluknya bahu, sekejab dipeluknya pinggang.

Ada tawa yang meletus antara mereka. Tak lama pinggang pejal itu dipeluk, si gadis menampar-nampak manja bahu romeonya itu, Kegelian agaknya dirangkul sebegitu rupa.

Huh!...
Menggeleng kepala Aku, Jengkel melihat drama romantik ditempat terbuka itu.

Sedang syaitan ketawa melihat kejengkelan Aku......

..............................................................................................

Dari gear N, Aku alihkan ke gear 1.
Perlahan-lahan motor aku bergerak, dari traffic light syeksen 3, terus Aku masuk ke parking Petronas. Hajat hati nak beli air crysantemun atau aku panggil air bunga matahari.

Tiba-tiba permandangan seperti tadi sekali lagi tersaji. Dua mempelai tidak rasmi melekat-lekat seperti diikat oleh perompak. Perompak bernama Syaitan. Yang telah berhasil merompak iman dan khauf mereka....

Ermmmm....mengeluh!

Serba salah aku. Nak tegur dan tak...sama banyak. Iman menuntut supaya dihalang setakat mampu..sedang syaitan memberi alasan:

"...Alah..hadis nabi pun kata kalau tak mampu , cukuplah sekadar dengan hati. Lagipun nak tegur ni..kena tengok keadaan jugak. Ni kan tempat terbuka. Bukan tempay sunyi..."

Perompak membisikkan. Yakin benar alasan itu tepat!

Dan Aku seakan boleh menerima alasan itu dengan logik dan tepat. Tapi masih berfikir lagi...
Syaitan memandang aku dari celah-celah tubuh pasangan yang melekat itu dengan penuh kebimbangan. Bimbang kalau Aku berubah fikiran!

Akhirnya...

"Assalammualaikum..Dik..abg nak tanya ni..dah kawin?"

Syaitan tewas!
Bertambah permusuhan dengan manusia yang memandu dengan akal dan syariat. Moga Islam terus mulia..
Di tangan pemuda-pemuda ISLAM!

Khas buat Minggu Muhasabah Cinta (MMC) Kolej Rahim Kajai, UKM

0 comments:

Post a Comment