Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Monday 7 March 2011

Mahasiswa UKM Menggali Perigi???

Posted by HILMI RAMLI On 03:27 No comments

Semester ini menyaksikan fenomena ketiadaan air di kolej-kolej utama UKM. Aku dan kengkawan menjadi bingung. Bukan sekali dua, malah berulang kali, namun kami tetap bersabar. Ramai yang memberikan respon negatif akibat ketiadaan air. Ada yang yang tidak boleh mandi dan sebagainya.

Mengapa jadi begini??Mana perginya air??
................................................................................................................

Air adalah elemen yang sangat penting dalam hidup kita. Air adalah satu nikmat yang mana amat bernilai. Sebijak-bijak manusia ia tidak mampu untuk mencipta setitik air. Walaupun struktur asas kimianya agak simple, namun ia memberikan fungsi yang banyak dalam pelbagai bidang.

Air adalah satu makhluk ALLAH yang amat ajaib,banyak fungsi yang boleh didapati. Air boleh bertindak sebagai penyejuk dan boleh bertindak sebagai pemanas. Kadangkala air boleh bertindak sebagai pengganas atas izin ALLAH seperti mana yang berlaku pada Tsunami pada tahun 2004 yang meragut ratusan nyawa manusia. Air merupakan tentera ALLAH diatas muka bumi. Bukan air sahaja malah kesemua benda diatas muka Bumi ni merupakan tentera ALLAH yang setia. Cuma manusia sahaja yang lupa bahawa mereka itu juga sepatutnya menjadi tentera ALLAH.

Salah satu keajaiaban lagi ialah Air zam-zam. Air Zam-zam yang berada di tengah padang pasir setelah beribu tahun tidak kering airnya dan mampu untuk membekalkan kepada seluruh jemaah haji yang datang dari seluruh pelosok dunia.

Mengapa ini berlaku??

Adakah ALLAH menjadikan itu dengan sia2? sudah tentu tidak. Sebagai contoh yang diceritakan dalam Al-Quran yang mana dimuara sungai terdapat  air tawar dan air masin, yang mana kedua jenis air ini tidak tercampur, malah seakan2 ada sempadan diantaranya dan hidupan air dapat hidup. MasyaALLAH, hebatnya ALLAH.

Kadang2 kita menunggu keajaiban itu untuk datang didepan mata kepala kita, barulah kita berasa kebesaran ALLAH. Apabila terdapat tulisan ALLAH di  badan ikan atau awan tertulis kalimah ALLAH, barulah kita berasa kebesaran ALLAH. Adakah dengan melihat ikan ataupun awan tidak tertulis kalimah ALLAH, kita tidak merasa kebesaran ALLAH???

Renung-renungkanlah..Dimana kita?

0 comments:

Post a Comment