![]() |
Bill Gates |
Kejemuan atau kemuakan manusia kadang-kadang menjadi
peluang ekonomi kepada orang yang berfikir kearah inovasi perniagaan. Kejemuan
menyebabkan inovasi baru tercipta. Seperti contoh telefon bimbit sentiasa
berubah dari bentuk design dan teknologinya. Saya dapat kaitkan ciptaan orang
Eropah yang mencipta sesuatu benda atau projek yang sangat berkualiti. Hal ini
menyebabkan sesuatu ciptaan baru menjadi tahan lama dan susah rosak dan
menyebabkan orang muak untuk menggunakannya. Seperti contoh, Alphard, Audi, Volvo, Mercedes, BMW.
Seperti contoh jualan kereta di Eropah
menurun sebanyak 9.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas
dengan jumlah jualan sebanyak 1,261,643 unit. Berikut adalah data jualan
mengikut negara dan model. Data mengikut negara September 2010 1.UK 335,246
2.Germany 259,748 3.France 169,944 4.Italy 154,429 5.Spain 56,280 6.Netherlands
45,773 7.Belgium 36,945 8.Austria 28,115 9.Poland 27,873 10.Sweden 25,912 .
Penurunan jumlah jualan adalah mungkin
disebabkan oleh pengekalan pattern design yang sama tetapi sangat berkualiti.
Saya tidak nafikan kualiti kereta Eropah tapi putaran pembuatan design kereta
yang baru menyebabkan orang Eropah menunggu dan mungkin menjadi jemu
menggunakan kereta yang sama.Berbeza dengan industry pembuatan kereta Jepun,
Industri Jepun sentiasa berevolusi lebih cepat jenis kereta mereka dari
semasa ke semasa.
Mungkinkah mereka memandang kejemuan itu
satu peluang ekonomi atau selari dengan semangat mereka yang mahu cipta sesuatu
yang baru bagi membaiki sistem yang lama kearah yang lebih baik.Honda, Mazda, Toyota, Suzuki, Mitsubishi, Nissan, Subaru
adalah jenama yang terkemuka di dunia. Seperti contoh Toyota sentiasa
berevolusi mencipta putaran produk yang baru.
Bukan setakat kereta sahaja industri Jepun cepat berevolusi
malah industry telefon bimbit juga berevolusi dengan cepat seperti Samsung.
Samsung berpusat di Seocho Samsung Town di
Seoul, Korea Selatan .Samsung sekarang telah mengungguli pasaran dunia
berbanding Nokia. Samsung yang kini mengikuti gaya Nokia dengan mengeluarkan
pelbagai saiz dan bentuk peranti mula membuahkan hasil, dimana kini melalui
statistic semasa yang dikeluarkan, ia mendahului Nokia sebagai syarikat
pengeluar telefon mudah alih terkemuka di dunia.
Mungkinkah kita perlu berevolusi memikirkan sesuatu yang
baru menjadi masyarakat Jepun & Korea.
0 comments:
Post a Comment