Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Friday 25 May 2012

Persepsi Terhadap Anjing

Posted by HILMI RAMLI On 18:58 No comments

Anjing Jinak
Apabila sahaja disebut tentang anjing, pasti ramai akan merasa jijik. Apabila sahaja melihat anjing, ramai akan cuba menjauhinya. Anjing juga merupakan makhluk ALLAH yang sering kali dipandang hina oleh masyarakat Melayu Malaysia. Anjing seolah-olah tidak berharga langsung dari sudut nilai dalam pandangan mata manusia masyarakat Melayu. Malah kebaikan yang dibuat kepada anjing adalah satu yang tidak bernilai di mata manusia. Walaupun dalam keadaan persekitaran disini iaitu UKM dan sekitarnya terdapat banyak kawanan anjing, bukan bermaksud kita menghina kehadirannya, tapi memandang dari sudut lain, bahawa anjing juga sebagai makhluk ALLAH mempunyai haknya sendiri. Mungkin apabila sesuatu hak keatas anjing tak disempurnakan  oleh manusia dengan sebaiknya, maka dengan inilah mungkin anjing bertindak dengan ganas.  

Pada zaman Bani Israel diceritakan oleh Nabi Muhammad dalam hadis yang menceritkan kisah seorang lelaki yang bermusafir di tengah padang pasir yang panas keputusan bekalan air dan ditimpa dahaga yang amat sangat. Kemudian lelaki itu, ternampak satu bi'ru(telaga). Dia pun terus turun dengan bersusah payah untuk mendapatkan air. Apabila selesai minum air, dia pun naik semula, tiba-tiba dia ternampak seekor anjing yang terjelir lidah kehausan air. Lidah anjing itu menjilat diatas permukaan tanah yang basah kerana kehausan amat sangat. 

Atas dasar kemanusiaan, si Musafir pun turun semula dengan bersusah payah turun semula ke telaga untuk mendapatkan air dengan menggunakan khuf(sejenis sarung kaki) untuk diberikan kepada anjing itu. Anjing itu pun dapat minum dengan air yang dibawa oleh lelaki itu sehingga hilang dahaga. 
Atas perbuatan mulia itu, ALLAH hadiahkan tiga perkara kepada lelaki ini. Hadiah yang pertama, ALLAH yang jadikan lelaki ini, ucap terima kasih kepadanya, subhanALLAH. Hadiah yang kedua ialah ALLAH ampunkan dosanya dan hadiah yang ketiga yang paling mahal ALLAH masukkan lelaki ini ke dalam syurga.

Dalam cerita ini, berbuat baik pada anjing pun ALLAH sediakan ganjaran yang tinggi kepada hambaNYA, apatah lagi berbuat baik kepada manusia. Oleh itu, hadis tadi bukan berbicara tentang anjing sahaja, tapi berbicara tentang kita yang perlu melakukan kebaikan tak kira kepada sesiapa pun walaupun haiwan. 




0 comments:

Post a Comment