Manusia bagaikan pelayar diatas sebuah kapal yang berhenti dipulau bagi mencari bekalan secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang menuju ke Pulau Abadi. Janganlah leka berada di atas pulau yang cantik tapi hanya sebentar cuma.

Friday 8 April 2011

Cikgu, Maafkan saya Cikgu!

Posted by HILMI RAMLI On 03:39 No comments

Perutusan Sebelum !6 MEI,,,sebelum internet kena potong dan komputer rosak..

Harapnya kisah yang akan ditulis dalam blog ini, Cikgu Hamdi tidak baca. Bukan takut....sebenarnya aku tak nak Cikgu bacai sebab aku nak hadiahkan pada guru-guru aku  yang mendidik sehingga aku boleh menulis seadanya ini.

Kisahnya begini:

"Mie...Cikgu Hamdi nak jumpa satgi, sebab hang buang biji betik merata dalam kelas kita ni." kata sahabat aku yang dah lupa siapa .

Peristiwa makan buah betik sekolah terbayang jelas di mata. Kami pasukan pengakap kait buah betik sekolah dan makan dalam kelas.

Dulu perjumpaan pasukan pengakap atau kami panggil scouts akan diadakan setiap hari Rabu. Kebetulan minggu tersebut minggu kerja amal ,,jadi aku dan kawan-kawan semangat punya pasal , balik je sekolah tak sempat makan nasi terus ke sekolah untuk buat kerja amal. Jadi bila dah penat buat kerja amal, kami yang kelaparan ni, kaitlah buah betik yang ditanam pihak sekolah.

Sebenarnya makan buah betik tanmg ditanam pihak sekolah ni taklah menjadi kesalahan tapi yang jadi masalahnya ialah biji betik yang kami makan tu bertaburan atas meja cikgu. Kat mana silapnya, aku pun tak tahu. Barangkali kami terlupa bahawa esok baru hari Khamis , maksudnya sekolah belum lagi cuiti.

Dalam ketakutan tu, aku mwncari-cari jalan. Aku ini murid yang akan menerima akibat sekejab je lagi kalau aku tak berbuat sesuatu sekarang

Akhirnya aku mendapat satu jalan. Harap-harapnya menjadi..

Swaktu perhimpunan:

" Aduh.....sakitnya dada...." Adu aku pada guru. Dan tak lama kemudian aku pun pengsan! Dalam waktu pengsan itu, aku terdengar suara Ckijgu Hamdi:

"Usung ke kantin. Bagi baring. Bila sedar bagi minum susu..."

Akhirnya aku diusung ke kantin. Seronoknya kena usung..HEHE.

Sedap pun ada waktu kena usung tu. Tapi yang pasti debaran masih tak hilang. Rapat-rapat mata aku pejamkan. Tak lama kemudian, aku pun bangun dari "pengsan". Dan seperti yang aku jangka (sebab dah biasa tengok adik-adik junior aku pengsan ) Aku disuruh untuk minum susu

Lepas minum susu .....Aku harap tutup keslah dengan Cikgu Hamdi sebab tak kan masih nak rotan murid yang spengsan

Rupanya tidak. Cikgu Hamdi menyambung perintah:

"Usung dia masuk dalam kereta  Saya dan Cikgu Razak akan bawa dia ke Hospital!"

."haa....sudah!" Bisik aku. Matilah aku kali ini! Kat hospital tak boleh tipu-tipu lagi. Mesin-mesin kat hospital pasti tahu bahawa aku menipu.

.......................

Aku rass tak nak teruskan lagi cerita ni. Segan dan malu sebenarnya. Tapi kalau aku berhenti tanpa habiskan cerita ni.....tentu selain dari Cikgu Hamdi dan Cikgu Razak anda semua pula akan kata aku tipu-tipu anda macam aku tipu Cikgu Hamdi dan Cikgu Razak. Kalau begitu, aku teruskan lagi ye...

Kat hospital

Alhamdulillah aku dah selamat diperiksa oleh doktor. Doktor minta aku berehat kat luar bilik sementara Cikgu Hamdi dan Cikgu Razak berbual dengannya:

"Sakit mende murid saya ni doktor? Tanya Cikgui Hamdi.

"Asthama." Jawab Doktor sepatah. Mungkin berpandukan pada rekod-rekod kesihatan aku yang ada dalam simpanan hospital.Tiba-tiba senyum aku tadi hilang bila Cikgu Hamdi berkata:

"Sebenarnya saya ingat dia buat olok-olok. Sebab saya nak marah dia dan kawan-kawan dia hari ini.

Mendengar kata-kata Cikgu Hamdi, jelas aku dengar Doktor jawab:

"oh, tidak cikgu! Budak-budak kalau dia sakit...dia akan cakap sakit. Mereka tak kan tipu....'

Horeyyy

"Cikgui...saya minta maaf cikgu..Sebab saya ...

"Tak pe Mie. Dia bereht dulu. Kan asthma tu..." kata Cikgu Hamdi memotong cakap aku.

Aduh! Hampa...
...........................................
Ya ALLAH,
Muliakanlah guru-guruku,ampunilah mereka, balaslah mereka dengan Syurgamu...Ameen.

0 comments:

Post a Comment